Utusan memohon maaf dan menarik semula laporan yang dikeluarkannya hari ini (30 Januari) bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja.
Menurut Utusan, pihaknya menarik balik berita mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak ini kerana ‘fakta yang tidak dapat disahkan’.
Terdahulu nama Najib menjadi perbualan hangat selepas portal itu dalam laporan asal berkata terdapat sumber mengatakan yang bekas perdana menteri itu mendapat pengampunan dari Lembaga Pengampunan semalam (29 Januari).
Walau bagaimanapun portal itu memaklumkan masih belum terdapat kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan mengenai perkara tersebut.
Utusan pada Isnin pula melaporkan yang Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada hari sama.
Antara agenda dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu adalah mengenai pembebasan Najib Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu memandangkan agenda mesyuarat berkenaan adalah perkara sulit.
Sehubungan itu, Dr Zaliha meminta media untuk menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.
Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan. Ia (mesyuarat) diadakan semalam di Istana Negara. Ya ,saya menghadiri mesyuarat itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sehingga kini, kami juga masih menunggu kenyataan rasmi berhubung kes tersebut.
Pada 23 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.
Keputusan itu juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.
Baca Artikel Berkaitan: Rayuan Terakhir Ditolak, Najib Kekal Dipenjara 12 tahun & Denda RM210 juta
Baca Artikel Berkaitan: PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA
Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tak Boleh Paksa” – Kuasa Pengampunan Najib Terserah Pada Agong, Kata Azalina Othman
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…
Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…
Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…