fbpx

“Kita Tak Boleh Paksa” – Kuasa Pengampunan Najib Terserah Pada Agong, Kata Azalina Othman

Menurut Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu, dalam keadaan ini tidak ada seseorang pun yang boleh memaksa agar bekas Ahli Parlimen Pekan itu diberikan pengampunan diraja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang ramai ketahui, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada saat ini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyeleweng dana bernilai RM42 juta dari syarikat SRC International Sdn Bhd.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri Najib Razak Dihukum Penjara 12 tahun & Denda RM210 Juta

Namun beberapa hari lalu, UMNO mengesahkan parti itu sedang berusaha mencari tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan rayuan pengampunan bagi bekas Perdana Menteri itu.

Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman memaklumkan proses pengampunan Najib tidak melibatkan prosedur undang-undang tetapi terserah kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.

Tidak ada sesiapa boleh paksa agar Najib diberi pengampunan diraja

Menurutnya, dalam keadaan ini tidak ada seseorang pun yang boleh memaksa agar bekas Ahli Parlimen Pekan itu diberikan pengampunan diraja.

“Saya rasa bab itu (pengampunan diraja), apa pun ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekarang ini tidak ada prosedur undang- undang, sekarang adalah (terserah) budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, kita tidak boleh paksa, biar Yang di-Pertuan Agong yang buat keputusan kalau mahu mengkaji. Kita (UMNO) sudah tidak terlibat,” katanya yang dipetik Malaysiakini semalam (12 April).

UMNO tidak boleh failkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib

Kenyataan itu diberikan oleh Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO bagi mengulas lanjut pandangan peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang berpendapat parti itu tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Sebelum ini, Haniff dilaporkan berkata mengikut Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, petisyen pengampunan itu hanya boleh dibuat oleh Najib sendiri, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas perdana menteri itu, dan Jabatan Penjara.

Pun begitu, beliau berkata UMNO boleh memfailkan surat, petisyen atau kenyataan sokongan ditandatangani oleh ahli-ahlinya kepada Agong untun menyokong permohonan Najib.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.