fbpx
Now Reading
Influencer Asal Korea, Tara Choi Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Dari Thailand [Video]

Influencer Asal Korea, Tara Choi Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Dari Thailand [Video]

Menurut Tara Choi, rasa, bau serta warna durian Thailand kurang memuaskan meskipun ia memiliki saiz yang besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Durian atau turut digelar sebagai raja buah amat digemari ramai khususnya bagi penduduk asia seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, China serta banyak lagi.

Malah buah tempatan ini jika di Malaysia mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada orang ramai apabila tiba musimnya.

Namun bagi mereka yang meminati buah ini, pastinya ingin mencubanya apabila berkunjung ke nagara lain contohnya adalah Thailand. Ini kerana, buah tersebut mungkin mempunyai rasa dan kualiti yang berbeza dengan Malaysia.

Tara Choi akui durian Malaysia lebih sedap

Baru-baru ini influencer, Tara Choi yang berasal dari Korea Selatan tidak melepaskan peluang untuk mencuba durian semasa melancong di Thailand.

Namun influencer itu berpendapat buah durian dari Malaysia lebih sedap berbanding Thailand.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Tara di TikTok, awalnya dia telah berkunjung ke sebuah kedai buah ketika berada di Thailand untuk membeli durian dan melihat dengan sendiri bagaimana ia dikupas.

Meskipun pelik dengan cara buah itu dikupas namun ia tidak mematahkan semangat Tara untuk tetap mencubanya. Sebaik sampai di hotel dia kemudian segera membuka plastik bungkusan buah tersebut.

“Sekarang balik hotel, jom cuba (makan buah durian),” katanya.

Bau durian Thailand tidak kuat, rasa juga kurang enak

Sebelum mula menjamah, Tara terlebih dahulu membaunya dan merasakan buah tersebut tidak berbau kuat.

Malah tekstur isi durian itu juga dilihat lebih kering berbanding buah durian di negara ini. Dia juga menyatakan terdapat pihak yang memaklumkan durian di negara itu tidak sedap.

“Jadi ia membuatkan saya nak rasa, jemput makan.” Tara kemudian memasukkan buah tersebut ke dalam mulut dan sebaik merasainya dia mula memahami mengapa terdapat pihak mengatakan ia kurang enak.

“Hmm faham, faham. Tak sedap. Durian ini tak betul lah. Thai durian ‘so’ lemah. Bau, rasa dan warna juga kurang walau saiznya besar.

“Saiz sahaja besar tapi rasa tak ada, durian Malaysia lebih sedap,” katanya dalah video tersebut.

Buah durian di Thailand dipetik dari pokoknya dan kurang masak

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan buah durian di Thailand dipetik terus dari pokoknya dan tidak cukup masak. Manakala di Malaysia buah tersebut ditunggu hingga gugur dengan sendirinya.

Ada juga yang mengatakan mungkin itu adalah tekstur isi durian yang digemari oleh penduduk di sana.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan jika ke Thailand buah yang perlu dirasai adalah buah mangga kerana ia sangat manis.

“Thailand memang jual durian yang belum masak lagi, pada dia orang itu yang sedap”

“Tahu tak durian Malaysia ada dalam ranking dunia?”

“Cuba durian Indonesia kakak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.