fbpx
Now Reading
“Ya Betul”- Kakak Ipar Sahkan Aslam & Marissa Dania Sudah Berkahwin Di Thailand

“Ya Betul”- Kakak Ipar Sahkan Aslam & Marissa Dania Sudah Berkahwin Di Thailand

Menurut laporan itu Marissa dan Aslam telah bernikah pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand sewaktu isteri Aslam, Misya Mazlan berada di Mekah mengerjakan ibadah umrah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada September lalu, tular di media sosial berhubung anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa telah menganggu rumah tangga seorang wanita.

Wanita yang dikenali sebagai Misya Mazlan itu mendakwa hubungan Marissa bersama suaminya, Aslam itu telah menyebabkan rumah tangga yang telah dibina selama tiga tahun musnah.

Namun mereka kemudiannya dilaporkan merujuk semula pada Oktober tahun lalu.

Pun begitu semalam (7 Februari) timbul desas desus yang mendakwa Marissa dan Aslam telah berkahwin di Songkhla, Thailand.

Baca artikel berkaitan: “Jumpa Minta Maaf ?” – Abby Abadi Buka Mulut Selepas Anak Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Orang Lain

Kakak ipar sahkan Marissa dan Aslam dah kahwin

Terbaharu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan pasangan itu telah berkahwin pada Disember lalu.

Menurut laporan Berita Harian memetik OhBulan! Kakak ipar Aslam yang dikenali sebagai Nadiah Mazlan telah memaklumkan perkara tersebut secara ringkas.

“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” ujarnya ringkas.

Sudah berkahwin pada 27 Disember tahun lalu

Memetik laporan mStar pula, pasangan berkenaan telah bernikah pada 27 Disember 2023 sewaktu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Kata sumber yang memberitahu portal itu, anak perempuan Norman dan Abby telah mengajak lelaki terbabit menghalalkan hubungan mereka sebaik Aslam rujuk semula dengan isterinya pada Oktober lepas.

“Mereka bernikah pada 27 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya.

“Aslam juga sudah memberitahu Misya, dia dan Marissa mahu berkahwin. Marissa yang mengajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” jelasnya.

Abby dan Norman telah berjumpa keluarga Aslam, perkahwinan belum didaftar di Malaysia.

Menurutnya, ibu dan bapa kepada Marissa telah berjumpa dengan keluarga lelaki berkenaan membincangkan berhubung perkahwinan terbabit.

Walau bagaimanapun, pernikahan tersebut tidak dipersetujui oleh Abby serta Norman selain meminta mereka berpisah.

“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah.

“Bagaimanapun Aslam dan Marissa tidak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta.”

Difahamkan perkahwinan pasangan itu belum lagi didaftarkan secara sah di Malaysia, lapor mStar.

“Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga,” ujarnya.

Namun sehingga saat ini tiada sebarang maklum balas daripada Marissa, Aslam termasuk Abby dan Norman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.