fbpx
Now Reading
“Jumpa Minta Maaf ?” – Abby Abadi Buka Mulut Selepas Anak Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Orang Lain

“Jumpa Minta Maaf ?” – Abby Abadi Buka Mulut Selepas Anak Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Orang Lain

Sebelum itu seorang wanita dipercayai kakak kepada Misya mendakwa, Marissa serta Abby dan Norman ada bersemuka dengan keluarganya berhubung isu tular itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/umisyamazlan/status/1699812261857214763

Sejak semalam (7 September) tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal telah menjadi orang ketiga hingga menyebabkan perkahwinannya bersama suami runtuh.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Misya Mazlan, kecurangan suaminya bersama anak selebriti berkenaan yang kini merupakan influencer telah memusnahkan rumah tangga mereka yang sudah tiga tahun terbina.

“Dia dipuji indah paras rupa, sopan, keluarga harmoni. Tapi sebaliknya? penyebab keruntuhan rumah tangga, penyebab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya,” dakwa wanita itu dalam satu bebenang di X (Twitter).

Di dalam bebenang sama, Misya kemudian mendedahkan nama individu yang dimaksudkannya iaitu Marissa Dania yang juga anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim.

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, perkara tersebut juga sudah diketahui dua selebriti berkenaan, bahkan mereka juga sudah berjumpa dengannya.

Dia turut mendakwa Marissa telah melanggar janjinya apabila dia sebelum ini sudah berjanji di hadapan keluarga Misya yang dia akan berhenti dari menggangu rumah tangganya.

Kakak Misya dakwa Abby ada datang berjumpa

Tidak lama kemudian, seorang pengguna Instagram, Nadiah Mazlan pula tampil menerusi beberapa siri muat naik di Instagram Stories.

Menerusi muat naik itu, dia yang dipercayai kakak kepada Misya memaklumkan keluarga Marissa ada berjumpa dengan keluarganya.

Malah dia senada dengan Misya apabila mendakwa Marissa dan ibu bapanya ada bersemuka dengan keluarga mereka di rumahnya.

Dia turut menyelitkan beberapa klip video berupa audio perbualan bagi menguatkan dakwaannya. Namun rakaman suara pada video berkenaan agak kurang jelas untuk diamati.

Dakwaan-dakwaan tersebut bukan sahaja mengejutkan pengguna media sosial, malah ada yang mula ‘menyerang’ akaun media sosial milik Abby bagi mendapatkan kepastian.

Sedar dengan isu tersebut, Abby sebentar tadi telah memuat naik satu hantaran di Instagram IG Stories.

Dia bagaimanapun menegaskan akan menjawab isu yang berlaku selepas orang ramai meninggalkan komen pada ruangan komennya.

“Mengenai isu yang viral ini. Tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya.

“Nanti saya jawab. Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menuding jari pada orang ini,” tulisnya.

Nafi datang berjumpa untuk minta maaf

Dalam satu lagi muat naik, Abby mengakui dia sememangnya ada berjumpa dengan wanita berkenaan.

Namun dia menafikan dakwaan wanita itu yang kononnya perjumpaan itu adalah untuk meminta maaf kepadanya.

“Kami ada berjumpa.. itu waktu baru dimaklumkan tentang hal ini. Memang masa tu tak tahu apa cerita pun.

“Tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf, apa tu? Tu malas nak bercakap, jadi geram dengan manusia ini,” tulis Abby.

Nafi keluarganya bersumpah dan junjung al-Quran

Abby dalam masa sama turut menafikan dakwaan ada ahli keluarganya yang melakukan sumpah selain menjunjung al-Quran.

“Siapa yang bersumpah dan junjung al-Quran tu? Yang pastinya bukan dari pihak kami. Nak bercerita tu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.