Tayar Kereta Ceddy Pecah Gara-Gara Langgar Lubang Hingga Raih Perhatian LPT

Keadaan jalan raya yang rosak boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Ini kerana jalan rosak seperti berlubang, minyak tertumpah dan sebagainya boleh menyebabkan kemalangan.

Lebih parah lagi apabila kemalangan yang berlaku itu meragut nyawa pengguna serta kerosakan kepada kenderaan pengguna.

Ceddy terlanggar lubang berdekatan Plaza Tol Gombak sehingga undang perhatian

Baru-baru ini influencer, Ceddy Ang turut berkongsi situasi yang sama di media sosialnya apabila tayar kereta yang dipandu pecah akibat terlanggar jalan berlubang berdekatan Plaza Tol Gombak, pada tengah malam tadi (15 Februari).

Luahnya lubang yang dilanggar itu sangat besar dan keadaan tersebut menyebabkan rancangannya untuk berehat di Genting Highlands, Pahang tergendala.

“Ada lubang yang sangat besar sebelum Plaza Tol Gombak, kereta saya kena lubang itu dan tayar terus pancit.

“Aduh.. nak relax dekat Genting Highlands je hari ni. Apa yang saya boleh lakukan adalah menunggu trak tunda untuk datang,” tulisnya dalam satu perkongsian di laman X (Twitter).

Soal jalan berlubang di bawah tanggungjawab siapa?

Ceddy dalam hantaran itu turut menyoal pihak manakah yang bertanggungjawab untuk membaiki lubang terbabit.

Malah influencer yang juga podcaster itu turut meminta agar perkara itu dipandang serius kerana terdapat individu yang terlanggar lubang terbabit sehingga menyebabkan mereka jatuh motosikal.

Ceddy dalam bebenang hantaran itu turut berkongsi foto keadaan tayar kereta yang koyak selain tangkap layar lokasinya dalam Google Maps.

“Sila jangan ambil ini sebagai ‘wah influencer kena baru korang nak viralkan’ masalahnya ini amat serius ya. Ada orang kata dia terlanggar lubang tu dan jatuh dari motor. Sekarang saya tak tahu dekat sini siapa yang bertanggungjawab.

“Tengoklah terus koyak dan pecah tayar saya.”

LPT mohon maaf atas kejadian berlaku pada Ceddy

Hantaran Ceddy itu kemudiannya telah menarik perhatian ramai termasuklah akaun Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menurut LPT, semakan mendapati kawasan tersebut adalah di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak serta berharap informasi yang diberikan dapat membantu influencer terbabit.

Dalam pada itu, melihat di ruangan balas ramai yang turut berkongsi Ceddy boleh menuntut kerosakan berlaku pada tayarnya itu kepada pihak majlis perbandaran.

Malah individu terbabit turut berkongsi bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan itu selepas ditanya oleh influencer berkenaan.

Pada 16 Februari, Ceddy menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya memaklumkan lubang pada jalan tersebut telah diperbaiki oleh pihak berkenaan.

“Boleh tuntut kerosakan dengan majlis perbandaran”

“Ada ambil gambar lubang tu tak? Nanti esok tutup lubang, awak tiada bukti”

“Ia sama ada JKR Selangor kerana ia sebahagian daripada MRR2 atau Anih Berhad jika ia sebahagian daripada Lebuhraya KL-Karak”

Perkara sama pernah berlaku kepada KJ

Pada 27 Disember 2020, insiden sama pernah menimpa bekas Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khairy Jamaluddin (KJ) apabila beliau terjatuh dari basikal kerana terlanggar lubang.

Malah kemalangan kecil itu turut menyebabkan KJ tercedera di beberapa bahagian badan termasuk dahinya. Susulan daripada kejadian menimpanya itu, KJ kemudian memuat naik hantaran di laman X.

Beberapa jam selepas hantaran itu dibuat pihak JKR Kuala Langat kemudian memohon maaf berhubung perkara tersebut dan lubang itu kemudiannya telah diturap pada keesokan harinya.

Baca artikel berkaitan: “Tempat Menteri Jatuh Laju Je Datang Tampal, Cuba Kita..” Netizen Kecewa Sikap ‘Double Standard’ Pihak Berwajib

Baca artikel berkaitan: Muka Khairy Jamaluddin Habis Calar Jatuh Dari Basikal Dek Langgar Jalan Berlubang

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

16 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

20 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago