Sebelum ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya apabila kereta Perodua Bezza yang baru dibeli rosak selepas lapan jam diambil.
Malah wanita itu turut memaklumkan dia terpaksa membayar bulanan kereta tersebut walhal ianya tidak boleh digunakan.
Namun selepas luahannya itu mendapat perhatian ramai akhirnya Perodua bersetuju untuk membelinya semula dengan kadar pinjaman yang sama.
Selain kereta tersebut, dua lagi kereta jenama Honda iaitu jenis HR-V dan CR-V juga alami masalah selepas baru dibeli.
Baca artikel berkaitan: Selepas Bezza Gula, Kini Tular Honda HR-V Pula Rosak Selepas 2 Minggu Dibeli
Baca artikel berkaitan: Selepas Bezza & HR-V, Kini Honda CR-V Pula Didakwa Rosak Sebaik Keluar ‘Showroom’
Baca artikel berkaitan: Perodua Setuju Beli Semula Kereta Rosak Dengan Harga Penuh – Pemilik Bezza ‘Gula’
Baru sahaja reda dengan kes tersebut, kini tular pula luahan seorang wanita apabila kereta Perodua Axia yang baru dibeli pada Februari 2023 telah berdepan dengan masalah walhal belum sampai setahun dipakai.
Menerusi perkongsian Nazlieyatul Husna di TikTok dia memaklumkan kenderaan itu mula bermasalah pada bulan September tahun lalu sehingga menyebabkan dia sukar untuk bergerak.
Menurut wanita itu, kereta yang dibelinya itu mempunyai masalah seperti semput (jerking) sewaktu kenderaan dipandu. Jelasnya kereta itu juga telah ditinggalkan di pusat servis Perodua di utara tanah air selama tiga bulan untuk dibaiki. Namun dakwanya selepas kereta siap dibaiki, masalah sama tetap berlaku berulang kali.
“Banyak kali hubungi pihak ibu pejabat (HQ), masa tu dia orang kata tak boleh buat apa sebab barang (alat) memang tak ada. Setiap bulan saya masih kena bayar kereta macam biasa, lepas kena desak baru dia orang nak bagi kereta sementara,” ujarnya kepada BuzzKini.
Ketika ditanya adakah dia sudah membuat laporan berhubung kepada pihak ibu pejabat jenama terbabit jawabnya dia sudah membuat panggilan kepada pihak berkenaan.
Malah kereta itu juga pernah terhenti di tengah jalan kerana mengalami masalah ‘jerking’.
Namun apabila kereta tersebut dihantar untuk servis yang ke 10,000 kilometer pada 10 Januari 2024 lalu ia kembali mengalami masalah pada 29 Januari 2024.
Jelasnya itu adalah kali kedua dia berdepan dengan masalah sama. Nazlieyatul turut memaklumkan kenderaan itu lalu dihantar semula ke pusat servis di Perak selama seminggu tetapi masalah sama tetap berulang dan ia tidak boleh digunakan sehingga sekarang.
Semasa ditanya adakah pihak terbabit memaklumkan apakah punca kerosakan itu berlaku, Nazlieyatul memberitahu awalnya pihak berkenaan tidak mengetahui apakah puncanya.
“Dia orang pun tak tahu punca, terbaharu mereka kata sebab suis terkena air walhal kereta tak ada masuk banjir.”
Dia juga mendakwa pelbagai ujikaji telah dibuat pada kereta tersebut selain turut menyatakan dia juga telah menghubungi pihak ibu pejabat jenama kereta itu dan mahu menularkan isu terbabit.
“Pagi tadi (20 Februari) saya ada hubungi HQ.. saya cakap saya memang tak boleh nak sabar dah.. saya akan viralkan benda ni dan mereka cakap baik.. itu hak puan,” katanya lagi.
Di ruangan kapsyen, wanita itu turut mendakwa pihak jenama kereta terbabit hanya mengambil tindakan sambil lewa untuk menyelesailah masalah tersebut.
Isu Perodua Axia milik wanita berkenaan bagaimanapun turut menjadi tular di platform X.
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…