Tidak dinafikan pada hari ini banyak produk kecantikan telah dikeluarkan oleh usahawan di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Bukan hanya itu, produk kecantikan yang dikeluarkan itu mempunyai pelbagai fungsi yang didakwa boleh menyelesaikan masalah seperti jerawat, jeragat, masalah kulit gelap dan banyak lagi.
Produk yang dikeluarkan oleh segelintir usahawan ini tidak hanya digunakan pada bahagian luaran sahaja tetapi ia turut datang dalam bentuk serbuk, pil, atau cecair untuk dimakan secara terus.
Walau bagaimanapun, produk seperti ini kebiasaannya dikeluarkan khas untuk penggunaan golongan dewasa memandangkan organ dalaman mereka sudah matang berbanding dengan kanak-kanak.
Namun berbeza dengan satu hantaran yang tular di X (Twitter) pada baru-baru ini apabila terdapat penjual produk kecantikan yang mempromosikan produk pemutih kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah secara online.
Menerusi gambar tangkap layar daripada sebuah video kelihatan satu produk dipercayai berfungsi untuk memutihkan kulit dan penjual itu seolah-olah kagum dengan kecantikan pelajar sekolah pada ketika ini kerana mengamalkan minuman itu.
Apa yang lebih menjadi perhatian, penjual berkenaan turut mendakwa produk minuman berperisa strawberi itu boleh diminum seawal usia tujuh tahun.
“Patutlah budak sekolah sekarang bukan main cantik lagi, rupanya dia orang minum ni je.
“7 tahun ke atas dah boleh minum, tiada collagen dan gula tambahan,” ujarnya.
Perkara itu secara tidak langsung menjadi perhatian netizen yang mengecam tindakan penjual tersebut kerana menjual serta mempromosikan produk yang tidak bersesuaian untuk dimakan oleh kanak-kanak.
Malah ada juga yang menyatakan ia adalah satu tindakan yang bahaya untuk mendedahkan kanak-kanak kepada produk seperti itu kerana ia boleh mengundang kepada masalah buah pinggang di awal usia.
Bukan hanya itu ada juga yang berkongsi mereka mempunyai saudara yang masih bersekolah mempunyai rak yang penuh dengan produk kecantikan.
Walau bagaimanapaun, menerusi semakan kami di akaun TikTok milik penjual berkenaan video dia mempromosikan produk pemutih itu telah dimuat naik pada Disember tahun lalu sebelum sohor semula di X.
Melihat di ruangan komen TikTok berkenaan, kelihatan ramai pelajar sekolah yang dilihat berminat untuk mencuba produk tersebut dan mereka berusia sekitar 12 hingga dewasa.
Malah ada juga yang bertanya sama ada produk itu boleh diamalkan oleh kaum lelaki atau tidak.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…