Sebagai umat Islam, sekiranya kita bermusafir di sesuatu kawasan yang baru sudah pasti antara perkara yang akan dititik beratkan adalah arah kiblat.
Bagaimanapun, kebanyakan hotel atau inap desa sudah menyediakan petunjuk arah kiblat yang kebiasaannya dilekatkan di atas syiling, jika tidak sekalipun, boleh sahaja guna aplikasi yang ada di dalam telefon pintar.
Berbeza pula di masjid atau surau yang mana lebih terang dan jelas arah kiblatnya dengan hanya melihat jalur karpet dan ruang hadapan tempat imam serta mimbar membaca khutbah Jumaat.
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki ini apabila tular videonya di media sosial yang solat di dalam sebuah masjid dalam keadaan membelakangi arah kiblat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sampoernakanmu, kelihatan lelaki terbabit sedang duduk dalam keadaan tahiyat awal ketika solat.
Bagaimanapun, ketika dia ingin bangun dan memulakan rakaat ketiga solatnya, beberapa orang kanak-kanak yang berada di dalam masjid terbabit telah menghampirinya.
Kanak-kanak itu menegur lelaki terbabit bahawa dia sedang solat dalam keadaan salah serta menunjukkan arah kiblat yang betul.
Susulan itu, lelaki terbabit terus membatalkan solatnya dan berpaling ke arah kiblat yang sebenar sebelum kembali melakukan solatnya semula.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah masjid di Indonesia. Namun tidak dinyatakan secara spesifik lokasinya serta bila perkara ini berlaku.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan kanak-kanak terbabit yang sudi membantu menegur kesalahan lelaki terbabit.
Malah ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan mengatakan berkemungkinan lelaki terbabit terlalu kusyuk atau lapar kerana berpuasa menjadi punca dia tersalah arah kiblat.
Wanita warga emas itu berkunjung ke pasar raya berkenaan untuk membeli barangan dapur sebelum terjatuh…
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, cadangan tersebut tidak diterima oleh Jemaah Menteri dan melihatnya…
Nafkah tempat tinggal yang perlu disediakan oleh para suami adalah rumah yang boleh menyenangkan hati…
Menurut wanita itu, iPad tersebut tertinggal di kawasan orang ramai beratur iaitu di hadapan sebuah…
Difahamkan, anak lelaki wanita itu baru sahaja tamat menjalani Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U)…
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anggota polis segera mengepung kereta dipercayai Honda Integra berwarna kuning…