Imam Solat Tarawih, Tapi Makmum Qada’ Solat Subuh Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya [Video]

Sudah menjadi suatu kebiasaan para umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia akan mengerjakan solat sunat Tarawih di masjid setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun, umat Islam tetap diwajibkan untuk mendahului qada’ (ganti) solat fardu yang ditinggalkan sebelum ini berbanding solat sunat.

Hal ini kerana, solat fardu merupakan solat yang wajib dilakukan dan sekiranya ditinggalkan dengan tidak sengaja seperti tertidur, terlupa atau sebagainya, maka ia wajib diganti.

Memandangkan solat Tarawih dilakukan secara dua rakaat satu salam sama seperti solat Subuh, maka timbul persoalan sama ada bolehkah kita menunaikan solat fardu itu ketika imam mengerjakan solat sunat terbabit.

Makmum boleh solat Qada’ subuh ketika imam solat Tarawih

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjid.kg.nakhoda, seorang lelaki yang merujuk kepada kitab Taqrirat Sadidah menyatakan bahawa makmum boleh menggantikan solat Subuh ketika imam dan jemaah lain sedang menunaikan solat Tarawih.

“Boleh jika imam solat sunat, makmum di belakang solat fardu,” katanya.

Lelaki terbabit pada masa yang sama turut mengajar dan menunjukkan cara untuk melakukannya untuk pengetahuan orang ramai.

“Contoh saya sebagai makmum nak solat sunat Tarawih, bila imam solat Tarawih kita sebagai makmum akan takbir macam biasa ‘Allahuakbar’ dan niat dalam hati ‘sahaja aku solat fardu Subuh qada menjadi makmum’.

“Bila imam rukuk, maka kita pun rukuk, bila imam iktidal, kita pun iktidal dan bila imam sujud kita pun sujud,” katanya.

Doa Qunut tak wajib baca ketika solat berjemaah dengan imam solat Tarawih

Menurutnya, mereka yang melakukan solat qada’ fardu ketika menjadi makmum tidak wajib untuk melakukan bacaan doa Qunut selepas bangun daripada rukuk rakaat kedua.

“Tidak perlu baca kerana doa Qunut itu dikira sebagai sunat ab’ad, jadi jika tidak dibaca solat masih sah dan yang kedua kita nak elak daripada terkena fitnah.”

Jelasnya lagi, doa Qunut juga tidak wajib dibaca kerana untuk mengelak berlakunya sebarang fitnah daripada para jemaah yang lain.

Menunaikan solat sunat Tarawih dan Witir sepanjang bulan Ramadan ini semangnya sesuatu perkara yang baik dan terpuji, namun jangan pula kita lupa untuk menggantikan solat fardu yang pernah ditinggalkan sebelum ini.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat berguna buat anda semua dan bantu sebarkan buat pengetahuan yang lain.

Jawapan sama turut dijelaskan oleh pendakwa terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video kuliah dan sesi soal jawab agama pada 2022 lalu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Bukan Sekadar Stesen Minyak, Petron Boleh Jadi Lokasi Selamat Buat Orang Ramai Jika Berlaku Kecemasan

Syarikat minyak Petron merupakan stesen minyak pertama yang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui…

2 days ago
  • Trending

Malaysia Top 5 Lokasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia

Antara makanan utama yang menjadi pilihan pelancong asing sewaktu bercuti di Malaysia adalah nasi lemak,…

2 days ago
  • Info
  • Trending

Jaga Ikhtilat, Suami Boleh Halang Isteri Sertai ‘Team Building’ Jika Bercampur Dengan Lelaki – Mufti PP

Menurut Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman terdapat aktiviti dalam bentuk…

2 days ago
  • Trending

“Haikal Rindu Mak, Pulanglah” – Luahan Pelajar UPM Tak Pernah Jumpa Ibu Sejak Kecil Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut pelajar yang dikenali sebagai Haikal itu, bapanya telah meninggal dunia dan ibunya masih lagi…

2 days ago
  • Trending

“Selera Besar”- Nak Beli Mercedes A45S Dengan Gaji RM3,000, Pelanggan Ini Buat Penjual Kereta Tepuk Dahi

Menerusi tangkap layar perbualan, pelanggan itu memaklumkan gaji pokoknya adalam RM1,500 manakala gaji bersih RM3,000…

2 days ago
  • Trending

Dolla Perform Guna Celoreng Askar, Bekas Pelajar UPNM Desak Tindakan Undang-Undang Diambil

Menurut bekas pelajar UPNM itu Hafizi Azri, pakaian uniform tersebut tidak seharusnya disalah guna oleh…

2 days ago