fbpx
Now Reading
“Good Job Kiddos” – Ramai Beri Pujian Kanak-kanak Tegur Lelaki Solat Salah Arah Kiblat Dalam Masjid [Video]

“Good Job Kiddos” – Ramai Beri Pujian Kanak-kanak Tegur Lelaki Solat Salah Arah Kiblat Dalam Masjid [Video]

Lelaki terbabit terus membatalkan solatnya selepas ditegur dan berpaling ke arah kiblat yang sebenar sebelum kembali melakukan solatnya semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, sekiranya kita bermusafir di sesuatu kawasan yang baru sudah pasti antara perkara yang akan dititik beratkan adalah arah kiblat.

Bagaimanapun, kebanyakan hotel atau inap desa sudah menyediakan petunjuk arah kiblat yang kebiasaannya dilekatkan di atas syiling, jika tidak sekalipun, boleh sahaja guna aplikasi yang ada di dalam telefon pintar.

Berbeza pula di masjid atau surau yang mana lebih terang dan jelas arah kiblatnya dengan hanya melihat jalur karpet dan ruang hadapan tempat imam serta mimbar membaca khutbah Jumaat.

Tular lelaki salah arab kiblat ketika solat dalam masjid

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki ini apabila tular videonya di media sosial yang solat di dalam sebuah masjid dalam keadaan membelakangi arah kiblat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sampoernakanmu, kelihatan lelaki terbabit sedang duduk dalam keadaan tahiyat awal ketika solat.

Bagaimanapun, ketika dia ingin bangun dan memulakan rakaat ketiga solatnya, beberapa orang kanak-kanak yang berada di dalam masjid terbabit telah menghampirinya.

Kanak-kanak bantu tegur, supaya lelaki itu solat menghadap kiblat yang betul

Kanak-kanak itu menegur lelaki terbabit bahawa dia sedang solat dalam keadaan salah serta menunjukkan arah kiblat yang betul.

Susulan itu, lelaki terbabit terus membatalkan solatnya dan berpaling ke arah kiblat yang sebenar sebelum kembali melakukan solatnya semula.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah masjid di Indonesia. Namun tidak dinyatakan secara spesifik lokasinya serta bila perkara ini berlaku.

@sampoernakanmu

lagi mikirin lontong sama bakwan di rumah tinggal setengah 🤣🤣 #ramadhancore2024 #fypシ #ramadhan #viral #lucu #xyzbca #ramadhan2024

♬ suara asli – indah – inndudd

Ramai puji tindakan kanak-kanak terbabit yang sudi bantu menegur

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan kanak-kanak terbabit yang sudi membantu menegur kesalahan lelaki terbabit.

Malah ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan mengatakan berkemungkinan lelaki terbabit terlalu kusyuk atau lapar kerana berpuasa menjadi punca dia tersalah arah kiblat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.