“It Is Crystal Clear” – Will Smith Dedah, Sudah Baca al-Quran Sejak Ramadan Lalu [Video]

Dunia dikejutkan dengan pendedahan bintang Hollywood, Will Smith yang sudah mula membaca al-Quran dari awal hingga akhir sejak bulan Ramadan tahun lepas.

Memetik Daily Sabah, Smith membuat pendedahan itu semasa dalam satu temu bual bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb di rancangan Big Time Podcast pada baru-baru ini.

 “Saya sangat suka kesederhanaannya, al-Quran begitu jelas, ia amat jelas. Sukar untuk terjadi salah faham.

“Semangatnya begitu indah dan jelas,” katanya.

Smith terkejut dengan persamaan tiga kitab berbeza

Menurut pelakon filem Alladin itu, dia sangat terkejut dengan persamaan di antara kitab suci Islam, Kristian dan Yahudi

“Saya terkejut bagaimana ia seperti satu kisah, dari Torah melalui Bible dan ke al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami Abraham sebagai bapa dan kemudian perpecahan dengan Isaac dan Ishmael dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik,” ujar Smith.

Smith makin bersemangat untuk tangani cabaran dialami

Smith yang dulu pernah tular menampar Chris Rock di pentas Oscar dua tahun lalu mengatakan dia kini kembali kepada semangat untuk menangani cabaran yang dia alami.

Selepas pergaduhan itu, Akademi Filem Bergerak mengharamkan Smith daripada menghadiri Oscar atau mana-mana acara akademi lain selama 10 tahun.

Smith sebelum ini juga telah meminta maaf kepada Rock dalam satu kenyataan selepas acara terulung itu dengan mengakui kesalahannya yang bertindak melampaui batas.

Baca Artikel Berkaitan: Berang Isteri Dijadikan Bahan Lawak, Will Smith Tampar Chris Rock Sewaktu Live Oscars [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

3 mins ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

1 hour ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

18 hours ago