Solat Tak Sah Jika Pakaian Ada Bulu Kucing? Ini Penjelasannya

Kucing merupakan haiwan yang comel dan sering dipilih menjadi haiwan peliharaan untuk hidup bersama manusia di dalam rumah.

Keakraban yang terjalin di antara kucing dan tuannya juga dilihat seperti keluarga. Ini kerana, kebajikan mereka turut dijaga dengan baik.

Walau bagaimanapun, kucing merupakan haiwan yang berbulu dan kebiasaannya ia akan gugur serta melekat di beberapa kawasan seperti karpet, kerusi, pakaian dan sebagainya.

Oleh itu, apabila ada bulu yang melekat pada pakaian segelintir dari pembela khususnya yang beragama Islam pasti memikirkan adakah ia sah jika dibawa solat. Ini kerana, bulu haiwan yang tidak boleh dimakan adalah haram jika terpisah dari badannya.

Bulu kucing adalah najis

Perkara ini pernah diterangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu artikel pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, jika hanya beberapa helaian yang melekat pada pakaian sewaktu sedang solat, maka solat itu sah dan tidak perlu diulang kembali kerana ia merupakan najis yang dimaafkan.

“Namun begitu, jika sebelum solat ditunaikan, maka digalakkan untuk membersihkan pakaian atau menggantinya dengan pakaian yang suci sebagai langkah keluar daripada khilaf,” jelasnya.

Allah SWT memberikan keringanan berhubung hukum berkaitan kucing dan menyifatkan ia adalah haiwan yang suci kerana sifatnya yang sentiasa berkeliaran di sekitar manusia. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ، أَوِ الطَّوَّافَاتِ

Maksudnya: Sesungguhnya kucing bukanlah najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di sekitar kamu. (Riwayat al-Tirmizi 92)

Kucing merupakan haiwan yang tidak boleh dimakan, bulu yang tercabut disifatkan najis

Menurut al-Ruyani, hadis tersebut menjelaskan tentang perbezaan kesucian haiwan antara kucing serta anjing. Kucing dianggap suci kerana ia sering berada di sekitar haiwan, anjing pula dianggap najib disebabkan tidak tergolong dengan sifat tersebut.

Malah Imam al-Nawawi juga pernah menyebut bahawa bekas air (baki air yang diminum) oleh kucing suci dan boleh digunakan.

“Perbahasan tentang status kesucian bulu binatang adalah bersandarkan kepada jenis binatang tersebut sama ada ia daripada golongan yang halal dimakan atau tidak. Sekiranya bulu tersebut gugur atau tercabut daripada haiwan yang boleh dimakan seperti bulu ayam, kambing, lembu maka hukumnya adalah suci.

“Manakala jika bulu gugur atau tercabut daripada haiwan yang tidak boleh dimakan seperti kucing, keldai atau haiwan yang boleh dimakan selepas dia mati hukumnya adalah najis.”

Foto: Pexels

Dimaafkan sekiranya bulu yang melekat sedikit, namun baik jika sebelum solat tukar baju bersih

Kesimpulannya tidak kira bulu kucing yang terpisah itu masih hidup mahupun mati ia adalah najis kerana kucing merupakan haiwan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Namun dari segi mazhab al-Syafie, bulu kucing yang sedikit terlekat pada pakaian ia termasuk dalam najis yang dimaafkan (al-ma’fuwat).

“Jika terdapat beberapa helai sahaja bulu kucing pada pakaian seseorang ketika solat maka solatnya sah dan tidak perlu diulang kembali. Lebih-lebih lagi, jika situasi seseorang yang sukar mengelakkan diri daripada keadaan tersebut seperti orang yang membela banyak kucing, doktor veterinar, penjaga haiwan dan seumpamanya,” katanya lagi.

Pun begitu, kita semua digalakkan untuk sentiasa berusaha menghilangkan bulu-bulu berkenaan yang disifatkan sebagai najis dengan menukar kepada pakaian lebih suci.

Jawapan ini senada dengan penjelasan pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

2 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

3 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

3 hours ago