“Sarung Tangan Berwarna Kuning Untuk Pencucian, Tidak Sesuai Untuk Makanan” – KKM [Video]

Menjadi seorang peniaga makanan bukanlah sesuatu yang mudah, terdapat banyak perkara yang harus dititik beratkan terutamanya bab kebersihan dan jenis perlatan yang digunakan.

Hal ini penting bagi memastikan makanan yang dijual kepada pelanggan berada pada tahap yang terbaik.

Bagaimanapun, peniaga juga manusia biasa yang terkadang terlepas pandang mengenai jenis-jenis peralatan yang dibenarkan serta dilarang dalam proses penyediaan makanan.

KKM nasihat peniaga jangan guna sarung tangan kuning untuk kendali makanan

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati agar para peniaga tidak menggunakan sarung tangan berwarna kuning semasa proses penyediaan makanan.

Menerusi satu ciapan di akaun X rasminya hari ini (20 Mac), KKM menjelaskan bahawa sarung tangan kuning adalah untuk kegunaan pencucian dan bukannya untuk pengendalian makanan.

“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” ciapnya.

Tular peniaga wanita kongsi resepi air asam siam gaul guna sarung tangan kuning

KKM berkongsi perkara tersebut selepas tular video seorang peniaga wanita menggunakan sarung tangan berwarna kuning semasa mengendalikan makanan.

Dalam video terbabit, kelihatan wanita itu berkongsi resepi air asam siam dengan menggaulkan beberapa bahan masakan di dalam satu bekas yang besar.

KKM siap tawar Pensijilan Gred Makanan (Food Grade)

Dalam pada itu, KKM turut menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh sila tekan di sini.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

1 hour ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

1 hour ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

2 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

4 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

4 hours ago