Bengang Rumah Dikritik Macam Kedai Tomyam, Aliff Syukri Nak Saman Interior Designer [Video]

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan kenyataan seorang wanita dipercayai pereka hiasan dalaman yang mengkritik teruk rumah mewah miliknya itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Aliff berkata wanita terbabit mengkritik rumahnya kelihatan ‘buruk seperti kedai tomyam’ berikutan perhiasan dan perabot yang digunakan.

“Eh eh lebih-lebihnya, perempuan mana ni? Muka pun tak siap nak sebuk komen aku punya rumah macam (kedai) tomyam lah, buruk lah, tak teratur lah,” kata Aliff di dalam video.

Jangan sebut nama Aliff Syukri untuk raih perhatian ramai

Aliff turut meminta agar wanita berkenaan tidak menyebut namanya demi meraih perhatian orang ramai di media sosial.

Jelasnya, setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza dalam aspek hiasan justeru adalah tidak patut untuk mengutuk antara satu sama lain.

Kritik rumahnya buruk, Aliff Syukri bakal hantar surat saman

Susulan itu, usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu berkata dia bakal menghantar surat saman kepada interior designer (ID) terbabit.

“Awak ni jenis yang terpaling ID, awak rasa awak lah yang buat rumah terpaling cantik.

“Awak tahu tak saya punya ID ni one of the best designer dekat Malaysia (siap) dapat anugerah dan rumah saya pun disenarai pendek untuk rumah hiasan dalaman tercantik mewakili Malaysia dekat dunia ni,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia juga tidak memerlukan sebarang nasihat daripada wanita itu selain mengingati pereka hiasan dalaman berkenaan untuk membaca surat saman yang akan dikeluarkan oleh peguamnya.

Video asal mungkin dah dipadam

Bagaimanapun, semakan kami tidak menjumpai video asal yang dimuat naik oleh wanita berkenaan kerana berkemungkinan sudahpun dipadam olehnya.

Namun ada beberapa pengguna TikTok yang berjaya memuat turun dan menjadikannya video pendek.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik sempena bulan Ramadan yang mulia ini.]

Pereka hiasan dalaman sudah tampil mohon maaf

Semakan kami mendapati pereka hiasan dalaman itu sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam kenyataan tersebut mereka berkata, penyataan maaf itu dikeluarkan sekiranya pendapat atau komen mereka menimbulkan rasa tidak selesa terhadap Aliff Syukri dan Ident3 yang merupakan Interior Designernya.

Mereka juga memaklumkan sudah memadam video berkenaan sebaik menerima mesej peribadi (DM) dari wakil Ident3 pada 26 Mac.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

3 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

4 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

4 hours ago