Tular Pelanggan Jumpa Kain Dalam Martabak, Ini Respon KKM

Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang terjumpa cebisan kain di dalam martabak yang dibeli dari bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut wanita berkenaan kain itu ditemuinya selepas sukar memotong martabak tersebut. Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang mempersoalkan kebersihan peniaga ketika mengendalikan makanan itu.

Baca artikel berkaitan: “Terus Nak Muntah” – Kain Buruk Dalam Martabak Buat Netizen Geli [Video]

KKM dapati terdapat kecuaian ketika kendali makanan, satu notis kompaun dikeluarkan

Isu ini turut mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila menjalankan siasatan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

Terbaharu, KKM memaklumkan hasil siasatan yang dibuat mendapati kecuaian ketika pengendalian menjadi punca cebisan kain pengelap berada dalam martabak tersebut.

“Beberapa kesalahan lain yang dikenalpasti telah dilakukan oleh pemik gerai termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan maakan yang telah dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.

“Justeru tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap gerai yang menjual makanan tersebut dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Peniaga didapati bersalah dan tak ikut Akta Makanan 1963 boleh didenda atau penjara

Menurut KKM, pihaknya sentiasa membuat pemantauan serta pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara. Malah sehingga kini sebanyak 10,570 buah gerai di bazar Ramadan telah diperiksa.

Peniaga yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1963 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan tindakan denda melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM beri peringatan kepada peniaga dan pelanggan utamakan kebersihan

Dalam pada itu, KKM ingin mengingatkan semua peniaga makanan termasuk yang berada di bazar Ramadan untuk menjaga tahap kebersihan dan keselamatan premis mereka. Ia bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya isu pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.

“Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memiilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan Lihat Hidu Rasa kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

13 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

13 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago