“Ingatkan Race Motor, Rupanya…” – Aktiviti Malam Anak Muda Di Sabah Ini Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Setiap negeri di Malaysia pasti mempunyai perbezaan dari segi citarasa mahupun gaya hidup masyarakatnya terutama golongan muda.

Seperti di bandar Kuala Lumpur, generasi muda di sini dilihat mempunyai pelbagai minat seperti bersukan, melepak, dan banyak lagi.

Bagi yang meminati dunia automotif pula, mereka gemar berada di Dataran Merdeka kerana dapat melihat pelbagai jenis kenderaan dan motosikal yang sudah dimodifikasi yang diparkir di sekitar kawasan itu.

Tular di media sosial aktiviti lumba lari di Sabah

Bagaimanapun, lain pula dengan kemeriahan aktiviti malam yang disambut oleh generasi muda di Sabah yang tular di media sosial pada baru-baru ini sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @addleyshaufeeq, kelihatan dua orang lelaki sedang berlari dengan hanya berkaki ayam dan berseluar pendek.

Siap ada ramai penonton jadi supporter dan tukang sorak

Menariknya, pertandingan larian jalanan itu turut disaksikan oleh ramai pemuda yang berada di tepi jalan seolah-olah sedang menonton ‘drag race’ kereta atau motosikal.

Kelihatan mereka turut bersorak keriangan selepas salah seorang peserta lumba lari itu berjaya memenangi perlumbaan terbabit.

Ramai yang rakam, rupanya perlumbaan Malaysia Vs Indonesia

Menerusi satu lagi hantaran video di akaun TikTok @kepaw02, kelihatan para penonton yang berada di tempat terbabit juga tidak melepaskan peluang untuk merakam momen perlumbaan itu.

Difahamkan, pertandingan lumba lari itu berlangsung di Tawau melibatkan dua pelumba di mana salah seorangnya mewakili daerah itu dan seorang lagi mewakili kota Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Netizen persoal, lumba lari sebegini salah atau tidak?

Kebanyakan netizen juga mempersoal sama ada perlumbaan itu menyalahi undang-undang atau tidak memandangkan aktiviti sebegitu pertama kali dilihat oleh mereka.

Malah, tidak kurang juga yang berseloroh dengan melontarkan soalan tentang spesiifikasi enjin seperti perlumbaan motosikal atau kereta.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

28 mins ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

40 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

1 hour ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

2 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

3 hours ago