CCTV Rakam Tindakan Individu Lempar Bom Petrol Di KK Mart Bidor

Polis telah mengesahkan sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor berdepan detik cemas apabila premis itu dibaling bom petrol pada awal pagi semalam (26 Mac).

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri insiden di kedai serbaneka itu berlaku pada jam 5.35 pagi sebelum ia disedari kakitangan premis tersebut.

Dengar bunyi botol pecah sebelum terhidu bau minyak tanah

Katanya lagi, laporan berhubung kes diterima pihaknya selepas seorang wanita warga Malaysia membuat laporan pada jam 8.49 pagi.

“Pengadu berusia 20 tahun itu memaklumkan ketika sedang bekerja mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar untuk memeriksa keadaan.

“Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca itu,” jelasnya, lapor Bernama.

Polis giat buru suspek

Polis kini sedang giat memburu individu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat. Jika sabit kesalahan individu boleh dihukum penjara maksimum dua tahu atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan kita juga sedang menyiasat rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.”

Suspek terbabit kes lempar bom petrol datang menaiki kereta dengan pelekat ‘Lalamove’

Dalam satu lagi laporan yang dipetik Harian Metro, menerusi CCTV individu yang melempar bom petrol itu adalah lelaki dan melakukan tindakan tersebut dengan menaiki kereta.

Menurut Yusri, kereta yang berwarna gelap itu turut mempunyai pelekat berwarna merah ‘Lalamove’. Individu tersebut telah berhenti di tepi jalan sekitar jam 5.35 pagi.

“Satu lelaki (suspek) turun daripada kereta dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 mins ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

10 mins ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

2 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

2 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

3 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago