Lelaki Acah Samseng Angkat Jari Tengah Selepas Ditegur Merokok Di Restoran Buat Netizen Berang

Umum sedia maklum, merokok adalah perbuatan yang terlarang ketika berada di premis kedai makan selepas ia dikuatkuasakan ketika zaman Khairy Jamaluddin memegang jawatan Menteri Kesihatan dan diteruskan pula oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas diberi mandat yang sama.

Mereka yang mahu merokok dikehendaki berada pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari luar kedai makan.

Walau bagaimanapun, masih wujud segelintir individu yang keras kepala dan tidak mahu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini.


Lelaki Selamba Merokok Di Kedai Makan

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ezmanshariff), seorang lelaki yang berada di sebuah kedai makan dilihat dengan selamba merokok dan menghembuskan asap di dalam premis tersebut.

Oleh kerana terdapat kanak-kanak berusia empat tahun di dalam kedai makan berkenaan, seorang individu berbaju hijau tampil berani untuk memberi teguran kepada si perokok.

Namun lain pula yang berlaku apabila lelaki yang merokok itu cuba untuk mengugutnya dan memberi reaksi kurang beradab ketika menyedari dirinya telah dirakam.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, perokok tersebut menunjukkan isyarat lucah kepada perakam video dan mengejek kononnnya video terbabit diambil sebagai konten.

Kesal dengan perkara yang berlaku, pengguna X ini menyebut (tag) nama beberapa pihak termasuklah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Khairy Jamaluddin dan Dr Zalina Mustafa.


KKM Bakal Ambil Tindakan

Sebagai respon terhadap rakaman video yang tular itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Sektor Inspektorat dan Perundangan (SIP) telah mengambil maklum mengenai aduan tersebut.

Susulan itu, kes terbabit telah dipanjangkan ke pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor untuk siasatan lanjut.

Dalam ciapan yang dimuat naik di laman X (@KKMPutrajaya) itu juga, pihak mereka telah berterima kasih kepada perakam kerana membuat aduan tentang perkara tersebut.


Netizen Bengang Dengan Tindakan Biadap Si Perokok

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa bengang selepas melihat tindakan kurang sopan yang dilakukan oleh perokok berkenaan.

Malah, ada juga netizen yang membuat andaian lelaki itu akan memberi alasan melibatkan kesusahan dialami oleh keluarga untuk melepaskan diri apabila ditahan oleh pihak berkuasa.

“Lepas ni merayu ada isteri, anak kecil, mak ayah sakit,” kata netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen berpendapat pemilik kedai makan juga perlu diambil tindakan kerana dipercayai membiarkan pelanggan mereka melakukan kesalahan tersebut.

“Boleh tak saman pemilik kedai yang tak kisah pun orang merokok dekat kedai dia?” tanya netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula mempersoalkan sama ada wujud sistem yang membolehkan orang ramai membuat aduan kepada pihak KKM setiap kali berdepan situasi seperti ini.

“Ada tak sistem aduan online untuk yang ni. Sebab kadangkala ternampak polis pun merokok dalam kedai. Nak tegur risau pula kena kecam. Dah la orang pergi kedai makan bawa anak-anak kecil,” ujar netizen.

Sumber: X

Cara Untuk Buat Aduan Kepada KKM Jika Anda Berdepan Situasi Sama

Sebagai info, pihak KKM mempunyai saluran kepada orang ramai untuk membuat aduan melibatkan aduan tentang larangan merokok di kawasan yang tidak sepatutnya seperti kedai makan, lapangan terbang, hospital, premis kerajaan dan sebagainya.

Aduan itu boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:

  • Membuat panggilan telefon di talian 03-88924530
    • Nyatakan jenis aduan.
    • Sertakan nama restoran dan alamat lokasi.
  • Mengantar pesanan mesej kepada nombor 010-8608949
    • Mengambil gambar kesalahan yang dilakukan seperti tidak papan tanda larangan merokok dalam premis atau gambar perkok sedang merokok dalam premis.
    • Sertakan nama restoran dan alamt lokasi.
    • Waktu dan tarikh kesalahan dirakamkan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya

Baca Artikel Berkaitan: Larangan Merokok Di Tempat Makan Masih Berkuat Kuasa – KJ

Recent Posts

  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

45 mins ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

52 mins ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

4 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

4 hours ago