fbpx
Now Reading
Enot Tak Tolak Berlakon Dengan Zul Ariffin

Enot Tak Tolak Berlakon Dengan Zul Ariffin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah lama menyepi, Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 39 tahun, mahu kembali aktif berlakon secara konsisten seperti dahulu.

Dia teringin untuk membawa watak berat dan berbeza seperti watak psiko kerana selalu ditawarkan watak komedi sahaja. Tetapi, dia tak menolak jika ada tawaran watak komedi untuknya.

Sumber dari cinema.com.my

“Saya bukan mahu meminta simpati tapi saya memang rindu hendak berlakon. Mana tahu dapat jadi heroin berganding dengan Zul Ariffin selepas ini?” guraunya.

Siapa mahu tolak berlakon dengan hero popular itu kan? Setiap watak yang dilakonkan juga pasti menjadi.

Menurut Enot, kali terakhir dia berlakon adalah pada bulan Jun tahun lepas dalam drama Bibik Bibikku lakonan bersama Ungku Ismail, Fasha Sandha, Julia Ziegler, Bienda, Amyza Aznan dan Dottie.

Sumber dari mstar.com.my

Tambahnya lagi, dia berharap tahun 2018 dapat memberi harapan baru untuk dalam bidang lakonan. Kini, dia juga telah sembuh dari penyakit barah usus tahap kedua.

Selain itu, semangat menurunkan berat badan juga membuka ruang untuk dirinya berniaga produk pelangsingan badan jenama Lemonex dan berpeluang menjadi duta produk itu.

Di samping itu, dia turut berniaga kecil-kecilan seperti menjual sambal bilis petai hijau dan menjadi perancang majlis hari jadi.

Kadang-kadang rindu juga nak tengok Enot di kaca televisyen dengan gelagatnya yang mencuit hati. Semoga tahun depan Enot akan lebih murah rezeki.

Sumber: Berita Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.