fbpx
Now Reading
‘Kesian Si Oyen’ – Pemandu Dikecam, Bawa Sangkar Ada Kucing Belakang Trak Pikap [Video]

‘Kesian Si Oyen’ – Pemandu Dikecam, Bawa Sangkar Ada Kucing Belakang Trak Pikap [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seekor kucing sedang berpaut pada besi sangkar ketika trak pikap itu sedang bergerak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Oktober), tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah trak pikap yang dipandu secara laju di mana terdapat sangkar di bahagian belakang. Yang menarik pandangan netizen ialan terdapat seekor Oyen di dalam sangkar tersebut.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter @amer__aljeffrey, video tersebut dipercayai diambil dari laman Tiktok dimana ia berkemungkinan sudah pun dipadam.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seekor kucing berada di dalam sangkar bahagian bonet belakang kereta jenis Nissan Navara berwarna hitam.

Kucing mungkin dalam keadaan takut

Pemilik akaun Twitter itu berasa marah kerana kucing tersebut mungkin berada dalam keadaan ketakutan kerana pergerakkan kereta yang agak laju.

“Bawak sangkar kucing dengan kucing tu masih kat dalam tu ye? Kau b*d*h ke,” tulisnya.

Pada video sama, keadaan kucing itu yang dilihat berpaut pada besi sangkar ketika ditiup angin juga dipercayai kerana haiwan itu berada dalam ketakutan.

Kucing tersebut patut diletak di tempat lebih selamat

Pemilik akaun itu juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan pemandu terbabit kerana haiwan tersebut seharusnya diletakkan di tempat yang lebih selamat.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang diterima oleh kami mengenai tindakan pemandu tersebut yang meletakkan kucing berkenaan di bahagian bonet belakang keretanya.

Malah tahap kelajuan trak pikap itu juga tidak dapat dipastikan kerana video tersebut hanyalah berdurasi 10 saat sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.