fbpx
Now Reading
Lesen Kedai Tular Caj Air Suam RM2 Di Port Dickson Tidak Akan Diperbaharui – MPPD

Lesen Kedai Tular Caj Air Suam RM2 Di Port Dickson Tidak Akan Diperbaharui – MPPD

Selain pelanggan tersebut, beberapa pengunjung lain turut berkongsi pengalaman sama apabila dikenakan harga tidak munasabah sewaktu menjamu selera di kedai makan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang wanita yang kecewa dengan sebuah kedai makanan di Medan Selera Seri Bayu, Port Dickson yang telah mengenakan harga tidak masuk akal untuk minuman yang dipesannya.

Menerusi satu perkongsian di grup Facebook Kuala Pilah, wanita itu mendakwa telah dicaj RM2 untukk segelas air suam oleh pekerja di kedai tersebut.

“Kalau sesiapa yang ke Port Dickson hati-hatilah ada 1 kedai makan di Medan Selera Seri Bayu, usahlah meniaga cekik darah. Makan berempat, nasi campur je. Nak cepat kaya agaknya.

“Rupanya bila saya semak dalam internet, ramai yang dah terkena,” tulisnya.

Di dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi resit makanan dan minuman berjumlah RM102 yang dipesannya pada hari itu yang mana pekedai turut mengenakan caj RM1 utk air kosong.

Bukan wanita itu sahaja, beberapa pengguna media sosial kemudiannya turut tampil berkongsi pengalaman sama sewaktu menjamu selera di kedai makan itu.

Terbaharu, Majlis Perbadanan Port Dickson (MPPD) memaklumkan mereka tidak akan memperbaharui lesen perniagaan pengusaha kedai makanan itu yang baru sahaja tamat pada penghujung bulan lalu.

Menurut Yang Dipertua MPPD Mohd Zamri Mohd Esa, pihaknya membuat keputusan tersebut ekoran dari dari aduan yang diterima. Ia juga bagi mengelakkan perselisihan faham dengan peniaga lain medan selera tersebut yang mendakwa turut terkesan disebabkan tindakan caj makanan mahal dikenakan.

“Kita bagi tempoh sehingga Mac ini kepada peniaga tersebut untuk mengosongkan kedai dan kita terpaksa ambil tindakan ini kerana kedai itu sudah banyak kali tular.

“Ia menganggu perniagaan peniaga lain dan memberi imej negatif terhadap kawasan medan selera itu. Mungkin dia boleh berniaga di tempat lain selepas ini,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Mengakui ada peniaga yang mengenakan caj mahal ekoran dari peningkatan kos sara hidup dan harga barang mentah, Mohd Zamri Mohd bagaimanapun menyifatkan ia bukan alasan untuk meletakkan harga tidak munasabah kepada pelanggan. 

Ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada peniaga lain di Port Dickson.

“Bila timbul cerita macam ini sedikit sebanyak timbul persepsi negatif kepada peniaga makanan lain di Port Dickson yang dicop mahal.

“Tapi ia mungkin berlaku kepada sebilangan kecil peniaga saja dan setakat pemerhatian saya harga makanan di Port Dickson masih berpatutan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.