fbpx
Now Reading
Tular Abang Rider Dipukul Beramai-ramai, Polis Tahan 11 Individu Di Batu Pahat [Video]

Tular Abang Rider Dipukul Beramai-ramai, Polis Tahan 11 Individu Di Batu Pahat [Video]

Pergaduhan di sebuah inap desa di Sri Gading itu berlaku apabila penghantar makanan terbabit melepaskan tumbukan ke arah muka lelaki berkenaan selepas diprovok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (14 Februari), tular satu rakaman pergaduhan secara berkumpulan yang tersebar di media sosial sehingga mendatangkan pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Terkini, seramai 11 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan tersebut yang berlaku di sebuah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 62 tahun.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan

Menurutnya, kesemua mereka untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.

“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, semalam.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis masih lakukan siasatan untuk mengenal pasti punca pergaduhan

Menurutnya lagi, pihak polis masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau pada masa sama turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Penghantar makanan tumbuk lelaki botak sebelum dibelasah beramai-ramai

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan pergaduhan di antara lelaki berkepala botak dan seorang lagi lelaki yang memakai baju penghantar makanan.

Pergaduhan mula tercetus apabila penghantar makanan itu hilang sabar dengan provokasi yang dilakukan oleh ‘si botak’ sebelum melepaskan satu tumbukan tepat ke muka lelaki berkenaan.

Penghantar makanan itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa individu lain yang dipercayai ahli keluarga lelaki berkenaan sebelum isteri kepada penghantar makanan itu datang dan memeluk suaminya namun turut ditendang.

Video pergaduhan yang tular

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.