fbpx
Now Reading
“Kegemaran Saya Martabak” – Cikgu Zack Kirana Kongsi Nama Makanan Yang Sering Disalah Eja Peniaga Bazar Ramadan [Video]

“Kegemaran Saya Martabak” – Cikgu Zack Kirana Kongsi Nama Makanan Yang Sering Disalah Eja Peniaga Bazar Ramadan [Video]

Antara makanan yang sering disalah eja adalah mi kerana ‘mee’ lebih popular di kalangan rakyat Malaysia meskipun secara teorinya ia adalah salah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan.

Antara perkara yang paling dinantikan oleh umat Islam di Malaysia pula setiap kali tibanya bulan Ramadan pastinya Bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman.

Bagaimanapun, jika diteliti setiap gerai yang memaparkan nama makanan yang dijual, pasti akan ada segelintir yang melakukan kesalahan ejaan.

Susulan itu, guru Bahasa Melayu (BM) dan TikTokers, Cikgu Zack Kirana memberi teguran dan pesanan buat para peniaga di Bazar Ramadan agar mengeja makanan dalam BM yang betul.

Beberapa senarai makanan yang sering dieja secara salah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Zack Kirana menyenaraikan beberapa nama makanan yang sering dieja secara salah oleh segelintir perniaga.

“Pesanan mesra kepada peniaga-peniaga di bazar Ramadan. Kawan-kawan berniaga di bazar mana? Kalau lapang, saya singgah. Tapi jangan marah kalau saya bawa pen merah,” tulisnya di kapsyen.

Menurutnya, ejaan yang betul adalah ‘kuetiau’ dan bukanlah ‘kuey teow’ seperti yang sering dieja oleh kebanyakan peniaga.

Selain itu ejaan untuk ‘mi’ juga sering disalah eja menjadi ‘mee’ sehingga segelintir orang menganggap ejaan tersebut adalah betul.

Tidak ketinggalan, makanan yang juga femes di bazar ramadan iaitu ‘martabak’ juga kerap kali dieja sebagai ‘murtabak’. Begitu juga donat.

“Ini bukan ‘donut’ tapi ‘donat’, ingat! Kita bukan mat salleh tapi kita masalah,” katanya sambil bergurau

Jelasnya lagi, ejaan yang betul adalah ‘beriani’ dan bukannya ‘biryani’ atau ‘briyani’ seperti yang sering digunakan sesetengah peniaga.

“Ini bukan ‘satay’ tapi ‘sate’ kan senang. Ini pula bukan ‘bahulu’ tapi ‘baulu’, ada bau wangikan bila kita bakar dia.”

@zackkirana27

PESANAN MESRA kepada peniaga-peniaga di bazar Ramadan. Kawan-kawan berniaga di bazar mana? Kalau lapang, saya singgah. Tapi jangan marah kalau saya bawa pen merah. #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokguru #zackkirana #cikguzackkirana

♬ original sound – zack kirana – zack kirana

Di akhir berkongsian, dia juga sempat berseloroh dengan meminta peniaga karipap agar tidak menjual kuih berkenaan dengan inti oksigen iaitu kosong selain mendoakan para peniaga di bazar Ramadan agar dilimpahkan dengan rezeki yang banyak.

Ramai terhibur dan ingin video seumpama ini lagi

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan cara penyampaian ejaan yang betul oleh guru tersebut.

Tidak hanya itu, mereka juga berharap akan ada lebih banyak lagi video seumpana ini dibuat agar para pengguna TikTok dapat bersama-sama mengetahui mengenai ejaan yang betul.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.