Bidaan Nombor Plat Khas ‘UM’ Bermula Hari Ini

Berita baik buat penuntut atau alumni Universiti Malaya (UM), nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan ‘UM’ boleh dibida bermula hari ini.

Dengan harga bidaan minimum pada kadar RM1,000 no ini ditawarkan kepada orang awam khususnya kepada warga UM dari 8 – 12 Mac 2021.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor,  nombor pendaftaran itu adalah satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan memandangkan ia bukan sekadar nombor plat kenderaan, tetapi menjadi satu manifestasi seseorang sebagai ‘warga UM’.

“Pembida juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dana pembangunan, penyelidikan dan kebajikan pelajar UM.

“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan UM antara inisiatif penjanaan pendapatan universiti, selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul dan antara yang terbaik di dunia,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran bidaan nombor pendaftaran tersebut semalam.

Tambah Mohd Hamdi, inisiatif itu juga disasarkan sebagai mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak selain untuk menarik lebih ramai alumni UM memberi sumbangan kepada universiti itu.

Bidaan melalui platform sistem bidaan di Hebat UM

Sesi bidaan pertama yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 12 Mac ini menawarkan 100 nombor plat UM membabitkan tiga kategori iaitu Emas, Perak dan Gangsa .

Untuk membida anda boleh terus ke laman web https://hebat.um.edu.my.

Cara membida

Sebagai rekod UM adalah universiti terbaik di Malaysia dan berada di kedudukan 59 terbaik di dunia.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago