‘Serah Atau Bayar Sewa RM57K’ – Anak Tergamak Saman Ibu Kerana Toyota Fortuner

Sebagai seorang anak, berbakti kepada orang tua sudah menjadi satu perkara yang wajib. Ia juga sebagai sebagai tanda terima kasih di atas budi kedua ibu-bapa kita yang sebelum ini bertungkus lumus membesarkan kita.

Namun situasi ini nyata berbeza buat seorang wanita dari Kota Semarang, Jawa ini apabila dia telah disaman oleh anak kandungnya sendiri hanya kerana berang wanita itu menggunakan kereta jenis Toyota Fortuner yang dibeli atas namanya.

Memetik Kompas, Alfian Prabowo, seorang mahasiswa 25, memfailkan saman tersebut di Mahkamah Negeri Salatiga, Jawa pada Oktober tahun lalu kerana padanya si ibu, Dewi Firdaus, 52, telah menyewa kenderaan tersebut darinya.

Namun menurut si ibu yang merupakan seorang pegawai kerajaan di wilayah Jawa Tengah, kenderaan itu dibelinya dengan hasil titik peluh sendiri meskipun dia menggunakan nama anaknya. 

“Saya beli kenderaan itu di Kaligawe Semarang pada 2013. Namun, ketika itu saya baru sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Saya namakan atas nama anak kerana ini merupakan kepercayaan saya,” luahnya. 

Alfian bagaimanapun akhirnya meminta Dewi menyerahkan kenderaan tersebut kerana padanya kereta itu adalah miliknya manakala ibunya hanyalah sebagai penyewa.

“Jika tidak diberikan, kenderaan itu dianggap sewa dan sehingga saat ini nilai sewaan sudah mencapai 200 juta rupiah (RM57,447). Jika saya gagal bayar, rumah akan disita.  

“Kalau rumah ini disita, lalu saya mahu tinggal di mana lagi? Kenapakah saya diperlakukan oleh anak sendiri sebegini?” katanya kepada media.


Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala, ibunya tidak diwakili peguam kerana dia ketika ini masih tidak tergamam dan keliru dengan kes tersebut.  

Namun dia berkata dia tidak memerlukan peguam kerana Allah bersamanya.

“Saya tidak menggunakan peguam kerana Allah adalah pembela saya. Allah akan menemani ibu-ibu yang membesarkan anaknya dengan ikhlas”

Si ibu, Dewi Firdaus

Namun memetik Detik, peguam Alfian, Caesar mendakwa, anak guamnya bertindak memfailkan saman kerana kecewa dengan penceraian ibu bapanya. Justeru dia hanya mahu memberikan teguran kepada mereka agar berdamai.

Tambah Caesar, Alfian mendakwa kereta tersebut dibeli oleh si ibu dan bapanya untuknya pada tahun 2013 namun dia pada waktu itu belum lagi layak memandu justeru kereta berkenaan digunakan oleh ibunya

Difahamkan Dewi baru sahaja bercerai dengan suaminya, Dr Agus Sunaryo, pada 2019 dan kereta tersebut dibeli sewaktu mereka masih lagi bersama.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago