fbpx
Now Reading
Advokasi Undang-undang Di AS Saman Biden Kerana Gagal Halang Genosid Di Palestin

Advokasi Undang-undang Di AS Saman Biden Kerana Gagal Halang Genosid Di Palestin

Organisas tersebut iaitu Pusat Hak Perlembagaan (CCR) lah memfailkan saman terhadap Joe Biden bersama pentadbiran Amerika Syarikat kerana tidak menghalang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik yang berlaku di Timur Tengah antara Palestin dan penjajah Israel masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini dengan lebih 15,500 nyawa manusia telah terkorban angkara kekejaman Rejim Zionis itu.

Meskipun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan manusia, namun serangan udara, air dan darat tetap berterusan.

Lebih teruk, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menegaskan tiada sebarang gencatan senjata bakal dilakukan dalam peperangan ke atas Palestin.

Jelas Netanyahu, dia menyifatkan gencatan senjata tersebut adalah seperti menyerah kepada pejuang Hamas.

Baca artikel berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

Joe Biden Disaman Kerana Gagal Halang Pembunuhan Beramai-ramai

Baru-baru ini, sebuah organisasi advokasi undang-undang, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) yang berpusat di New York telah memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta kakitangan pentadbirannya.

Fail saman itu dilakukan kerana dia gagal menghalang pembunuhan secara beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Selain itu, saman itu bertujuan untuk mewajibkan penguatkuasaan undang-undang dan moral asas serata dunia iaitu untuk mencegah genosid serta kemusnahan rakyat.

“Tindakan berkenaan dilakukan bagi beberapa pihak kumpulan Palestin termasuk Al-Haq dan Defence for Children International,” kata CCR.

CCR Dakwa Genosid Di Palestin Sebab Sokongan Tanpa Syarat Oleh Joe Biden Dengan Pentadbiran

Menurut CCR, pembunuhan kejam secara beramai-ramai terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah dipercayai berlaku kerana sokongan tanpa syarat oleh Joe Biden, Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin.

“AS adalah sekutu terdekat dan penyokong terkuat Israel yang menyediakan bantuan ketenteraan dengan margin besar.

“Israel juga adalah penerima terbesar bantuan asing AS sejak Perang Dunia kedua. AS sebenarnya mempunyai cara untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza,” tambah organisasi itu.

Walaupun ribuan nyawa orang awam terkorban telah dilaporkan, namun negara terbabit masih menolak seruan gencatan senjata serta mengehadkan bantuan ketenteraan AS oleh Israel.

Bukan itu sahaja,  Biden bersama pentadbirannya juga telah bekerjasama bersama kerajaan Israel untuk memusnahkan penduduk Palestin dalam peperangan yang sudah berlanjutan lebih daripada sebulan.

Jumlah Mangsa Korban Di Palestin Meningkat

Peguam kanan di CCR Katherine Gallagher berkata, kawasan kejiranan, hospital dan tempat perlindungan untuk warga Palestin telah dibom.

“AS mempunyai kewajipan yang jelas untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai. Mereka gagal dalam memenuhi kewajipan undang-undang dan moral untuk menggunakan kuasa besar mereka bagi menamatkan kengerian ini,” ujar Gallagher.

Semalam (15 November), setakat jam 6 petang, pejabat media kerajaan Hamas telah melaporkan bahawa sejumlah 11,500 ribu nyawa penduduk Palestin telah terkorban.

Untuk makluman semua, jumlah mangsa yang tercedera turut meningkat kepada 29,800 orang berbanding 29,200 kelmarin (14 November).

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Presiden Jokowi Bersemuka Dengan Joe Biden Minta Gencatan Senjata Di Gaza Dikagumi Netizen

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.