Mufti Pulau Pinang Gesa Podcast Promote Zina Jemput ‘Daddy Ash’ Dikenakan Tindakan

Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai juga masyarakat Malaysia yang dilihat berjinak-jinak dalam ‘dunia podcast’. Malah, topik yang diutarakan dan diperbahaskan juga dilihat semakin aneh.

Mungkin untuk memeriahkan lagi program tersebut?

Namun, tetamu jemputan juga sememangnya memberi sumbangan besar kepada jumlah tontonan.


BrosGang TV (BGTV) Jemput ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu Podcast

Umum sedia maklum bahawa isu ‘Hot Daddy’ kini hangat diperkatakan di media sosial. Malah, pelbagai kecaman telah diterima oleh individu ini kerana menjalankan aktiviti pensundalan secara terbuka.

Ia juga telah membuatkan orang ramai berasa tidak selesa dan berang dengan tindakan BGTV yang menjemput seorang lelaki yang digelar gigolo ini.

“Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni. Serius lah jemput Hot Daddy ni? Punya ramai contoh yang better, yang menggalakkan zina juga dia nak jemput,” kata seorang netizen.

Terdahulu BGTV menegaskan mereka tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral, malah menentang dan mencegah perbuatan sebegitu.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Glorify Orang Takda Moral?” – Ramai Kecam Tindakan YouTuber Jemput Hot Daddy Dalam Podcast


Mufti Ingin Laman Web Penstriman Yang Jemput ‘Hot Daddy’ Untuk Dikenakan Tindakan

Semalam (5 Februari), Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah melahirkan rasa kesal beliau terhadap sebuah laman web penstriman yang bertindak menjadikan ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu jemputan untuk podcast mereka.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya ianya ada kaitan dengan BGTV yang menjadi topik hangat kerana menjemput Hot Daddy.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu begitu mengecewakan dan ia boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk mempromosi serta menormalisasikan aktiviti pensundalan.

Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau dalam masa yang sama berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: SKMM Sekat Akaun Telegram Lelaki Rakam & Jual Aksi Seks Dengan Lebih 20 Wanita


Untuk rekod, pada 26 Januari lalu, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli (Hot Daddy/Daddy Ash) 32, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam media sosial.

Dia dituduh membuat pengiklanan tersebut bersama dua teman wanitanya iaitu Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24. Kesemua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan di bacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Daddy Ash’ & 2 Kekasih Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah Buat Iklan Persundalan

Recent Posts

  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

1 hour ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

1 hour ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

2 hours ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

3 hours ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

4 hours ago