Macau Scam – Kerani Rugi RM15,000

Kejadian berlaku pada pukul 11 pagi, apabila mangsa yang berusia 37 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur.

Mangsa yang merupakan seorang kerani wanita itu diberitahu mempunyai tunggakan kad kredit RM7,000 namun kerugian ditanggung pula mencecah RM15,000.

Kerani wanita itu telah terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar kakitangan sebuah bank dan juga pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek memberitahu mangsa mempunyai tunggakan kad kredit RM7,000 dan perlu menyelesaikannya jika tidak mahu dikenakan tindakan.

“Mangsa bagaimanapun memberitahu yang dia tidak menggunakan kad kredit sebelum talian disambungkan kepada pegawai polis bernama ‘Inspektor Yeoh’ bertugas di Bukit Aman.

“Dia kemudian diarahkan memberi maklumat dan jumlah wang yang ada dalam akaunnya serta kata laluan kononnya bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Noorzainy berkata, inspektor terbabit kemudian memberitahu kes itu masih dalam siasatan dan dia akan membantu mangsa menyelesaikan tunggakan kad kredit itu selain meminta perbualan mereka dirahsiakan.

“Mangsa berbual hampir dua jam dan kemudian menyerahkan dua kali nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterima melalui telefon bimbitnya.

“Wanita itu juga diminta tidak mengakses mana-mana akaun kononnya kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun curiga dan membuat semakan sebelum mendapati wang dalam akaun banknya berjumlah RM15,000 lesap dan dia kemudian membuat laporan polis.

“Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

10 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

12 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

13 hours ago