“Anak Saya Mangsa Fitnah Bomoh..” – Ayah Arwah Zulfarhan

Umum pasti mengetahui pesalah yang membuli Pegawai Kadet Laut UPNM, Arwah Zulfarhan Osman hingga menyebabkan kematiannya sudahpun dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 November lalu.

Hakim, Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman 18 tahun penjara terhadap 6 dari mereka selepas didapati bersalah membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat sekaligus terlepas dari hukuman gantung.

Dalam masa sama, 6 tertuduh berkenaan turut dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun bersama 12 lagi rakan mereka selepas didapati bersalah kerana mencederakan Allahyarham.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kemudiannya memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.

Terbaharu, kisah Zulfarhan kembali menjadi topik hangat selepas ayah arwah, Zulkarnain Idros meluahkan perasaannya yang Allahyarham mungkin masih hidup jika tidak difitnah oleh seorang bomoh yang menilik kononnya pemuda itu mencuri komputer riba.

Foto : Malaymail

Menerusi laporan FMT, beliau berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap arwah sehingga meragut nyawanya adalah tidak berasas dan dilakukan secara rambang.

“Anak saya mangsa fitnah bomoh. Dia (bomoh) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke…Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya,” katanya kepada FMT.

Isu ini membuktikan terdapat kecenderungan di kalangan orang melayu yang masih mempercayai khidmat bomoh walhal ianya bertentangan dengan ajaran islam.

Sebagai rekod, sewaktu perbicaraan kes Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang bomoh, Abdullah Md Seh dilaporkan memberitahu mahkamah beliau mendapat ‘petunjuk’ bahawa Zulfarhan telah mencuri komputer riba.

Dia yang juga bapa kepada tertuduh, Muhamad Ashraf Abdullah mendakwa menerima petunjuk melalui gerak hatinya serta melihat nama arwah timbul di pandangan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago