Telur Mentah Tak Elok Untuk Kita?

Mesti ramai diantara anda yang sukakan makanan berasaskan telur setiap kali sarapan. Kalau di Malaysia, sudah tentu roti telur goyang menjadi pilihan.

Namun tahukah anda, telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak dibawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi lemah terumatanya ibu hamil.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Imelda Balchin mendedahkan dua sebab makanan tersebut patut dielakkan oleh golongan berkenaan.

Dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya. Telur mentah juga merupakan pembawa kuman bakteria Salmonella.

Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

“Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya lagi, telur mentah sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria Salmonella.

Bakteria Salmonella boleh menjadi penyakit serius, keracunan dan menyebabkan keguguran atau kematian janin.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

6 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

8 hours ago