fbpx
Now Reading
Suri Rumah Ini Jana 5 Angka Pendapatan Hanya Dengan Bermain Game

Suri Rumah Ini Jana 5 Angka Pendapatan Hanya Dengan Bermain Game

Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan, malah ada juga pekerjaan yang tidak memerlukan anda keluar dari rumah langsung seperti wanita ini.

Kenalkan Roslinda Embran, atau lebih dikenali sebagai Kak Rose. Dia merupakan seorang suri rumah, namun mampu menjana pendapatan sebanyak 5 angka sebulan dengan hanya membuat ‘kerja’ dirumah sahaja; bermain game!

Dalam satu temubual bersama Radio Zayan, Roslinda memberitahu bagamaina dia mula menceburi dunia ‘gaming’ iaitu pada Oktober 2018, dengan fokus utama pada permainan popular PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.

Difahamkan dia memang seorang yang gemar mengisi masa lapang dengan bermain game. Melihat minatnya sebegitu, adik ipar Roslinda mencadangkan agar dia cuba bermain sambil stream di Facebook yang secara tidak langsung dapat juga menjana pendapatan.

“Mula-mula memang tak pandai, tapi lepas dapat nasihat daripada ‘streamer’ lain, Alhamdulillah saya sampai ke tahap sekarang.
 
“Di situ jugalah saya mula jana pendapatan,” katanya.

Dengan sokongan sepenuhnya daripada suami, Roslinda beliau akan menyelesaikan urusan rumah tangganya terlebih dahulu sebelum mulakan aktiviti penstriman game, suri rumah ini pada mulanya hanya menerima 25 tontonan saja, namun semakin semakin mendapat banyak tontotan selepas tiga bulan bermain game.

Dengan purata penstriman video secara langsung yang biasanya berlansung dia antara dua hingga ke tiga jam setiap sesi.Pendapatannya wanita ini diperoleh melalui viewers yang memberikan ‘bintang’ ketika permainan sedang berlangsung.

Saksikan video interview yang dilakukan Zayan bersama Roslinda di bawah:

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.