fbpx
Now Reading
Perkenalkan Hamako Mori, Nenek 90 Tahun Pegang Rekod Gamer Youtube Tertua Di Dunia

Perkenalkan Hamako Mori, Nenek 90 Tahun Pegang Rekod Gamer Youtube Tertua Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukan suatu perkara yang pelik apabila kita dengan orang dewasa menjadi gamer. Malah gamer dan streamer juga sudah boleh diiktiraf sebagai satu profession memandangkan pulangannya yang begitu lumayan.

Malah ramai juga golongan selebriti yang kini melompat bidang dan lebih memberi fokus menjadi streamer berbanding muncul di skrin TV

Namun lain pula ceritanya bagi Mori Hamako, seorang nenek tua yang berasal dari Jepun ini.

Dia yang meminati dunia game memilih menjadi seorang streamer di Youtube sedangkan usianya sudah menginjak 90 tahun. Ini sekaligus menjadikannya sebagai streamer Youtube tertua di dunia oleh Guiness World Records.

Sudah 39 tahun bermain game

Menggunakan nama Gamer Grandma, di saluran Youtube, Hamako mula meminati permainan game sejak tahun 1981. Malah difahamkan konsol pertama yang dimilikinya ialah Cassette Vision yang dihasilkan syarikat permainan kanak-kanak dan video game Epoch Co.

Yang lebih menariknya, pemilihan game oleh nenek ini juga hebat-hebat dimana dia menggemari permainaan seperti Grand Theft Auto (GTA), Final Fantasy juga permainan perang Call of Duty Modern Warfare.

Berjaga sehingga 2 pagi untuk main game

Sama seperti gamer lain, Hamako juga sanggup berjaga sehingga jam 2 pagi semata-mata untuk bermain game.

271,000 Subscribers

Setakat ini saluran Youtuber Gamer Grandma yang sudah didaftarkan dari 2014 sudah memiliki 271,000 Subscriber.

Ikuti video Gamer grandma sewaktu dia mengumumkan dirinya sebagai streamer tertua di dunia :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.