“Selama Ini Aku Tertipu” – Rakaman Disebalik Video YouTube Primitive Raih Perhatian, Rupanya Ramai Yang Bantu
Ternyata terdapat ramai pihak dibelakang tabir yang membantu disebalik video-video yang selama ini memperlihatkan hanya dua atau tiga orang sahaja yang menbinanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Menjadi seorang YouTuber atau memiliki saluran YouTube dengan jumlah pengikut dan penonton yang tinggi pastinya memberi pulangan wang yang lumayan.
Maka tidak hairanlah jika pada zaman ini sudah banyak syarikat-syarikat yang memiliki atau mengawal sesebuah saluran YouTube.
Konten orang asli bina rumah di dalam hutan berjaya tarik perhatian ramai
Antara konten yang sering menjadi perhatian ramai adalah seperti video orang asli yang membina rumah di dalam hutan dengan menggali tanah dengan sendiri tanpa peralatan khas.
Kebanyakan video sedemikian dilakukan oleh saluran YouTube Primitive Survival Tool dan Primitive Building yang masing-masing mempunyai jumlah pengikut (subscriber) enam juta lebih dan satu juta lebih.
Bagaimanapun, sebuah video yang mendedahkan tentang disebalik tabir pengambaran konten tersebut telah mendapat perhatian ramai.
Rupanya ramai yang bantu disebalik video YouTube primitive
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mr.chhun168, ternyata terdapat ramai pihak dibelakang tabir yang membantu disebalik video-video yang selama ini memperlihatkan hanya dua atau tiga orang sahaja yang menbinanya.
Dalam video tersebut, turut kelihatan peralatan seperti camera dan ‘stabilizer’ yang canggih juga digunakan untuk membuat pengambaran konten terbabit.
Rakaman disebalik tabir pembuatan video YouTube itu menarik perhatian ramai kerana ianya adalah berbeza dengan apa yang mereka sangkakan selama ini.
Netizen rasa diri tertipu selama ini
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial merasakan diri mereka telah ditipu selama ini semasa menonton video-video tersebut.
Pun begitu, segelintir netizen juga tetap teruja dengan hasil akhir rumah tersebut setelah siap meskipun dibantu oleh ramai orang.