fbpx

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kurangkan Berat Badan Dari 190KG Ke 90KG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang pasti mengimpikan tubuh badan yang ideal dan sihat bukan? Namun tidak mudah untuk mengejar apa yang anda impikan jika anda sendiri tidak mampu mengawal nafsu dan kehendak anda.

Buat mereka yang berbadan gempal atau berat badan yang tidak ideal, keinginan untuk kurus atau mengurangkan berat badan pastinya ada dalam diri mereka walaupun ia agak sukar untuk dilakukan.

Namun ianya akan menjadi satu pencapaian besar buat dirinya sekiranya misinya berjaya dilaksanakan sama seperti pemuda ini, Fuad Darjat yang berjaya menurunkan berat badan nya dari 190Kg kepada 100kg tanpa penggunaan sebarang produk.

Ceritanya bermula pada tahun 2015 apabila Fuad yang dahulu seorang yang mengamal gaya hidup tidak sihat dan gemar makan kemudiannya menyedari yang berat badannya sudah mencecah 190kg ; satu perkara yang betul-betul mengejutkannya.

Dari situ dia mula berhasrat untuk mengurangkan berat badan dan kebali ke bentuk badan yang lebih ideal.

Nekad mengejar impiannya, dia mula mengatur langkahnya diantaranya mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.

Apa kata ikuti perkongsian lelaki ini sehingga dia berjaya mengejar impiannya di bawah :

Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.

Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.

Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.

Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.

Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).

Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet. Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.

Malu untuk bersenam di luar sebab keadaan fizikalnya, jadi memilih bersenam di dalam rumah

Sarting Point

Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.

Mula beranikan diri berjogging di taman tapi memilih pada waktu gelap

Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.

Kemudian mula ke gym, diselang seli dengan jogging di stadium

Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!

Hasil usaha kerasnya beratnya sudah mencecah 95kg pada April 2018

Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.

Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.

Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.

Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.

Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri. Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.

Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca

21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.

Fuad Darjat
-190kg-90kg.
-Bekas perokok tegar sehari 20 batang
-Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan

Tahniah Fuad! Semoga buat mereka yang mengimpikan benda sama dapat terinspirasi dengan kisah Fuad ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.