Hadiah Buat Ibu Bapa, Anak Penjual Ikan Dapat 7A SPM

Perit jerih seorang ayah, Rohaizad Othman, 43, yang penjual ikan dan ibu, Norliza Ali, 44, seorang suri rumah, dalam mencari rezeki menyara keluarga akhirnya terbalas apabila anak mereka Nurul Syuhada Rohaiza bejaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019

Memetik Hmetro ,Syuhada dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin antara pelajar yang namanya diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, di Pulau Pinang.

Dia yang berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan tersebut berharap kejayaannya itu akan turut menjadi sandaran keluarga dan nspirasi kepada dua lagi adiknya yang berada di tingkatan 1 dan 2 .

“Hanya pelajaran yang dapat mengubah nasib keluarga kami.

“Keputusan 7A ini menjadi hadiah kepada ibu bapa kerana tidak jemu memberi sokongan dan ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada guru yang tidak putus membantu dalam kelas.

“Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan kekurangan diri bukan penghalang untuk kita terus berjaya,” katanya kepada portal berkenaan.

Bercita-cita menjadi Arkitek, Syuhada turut menerangkan , antara faktor dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang adalah kerana dia menetap di asrama di sekolahnya.

Majlis meraikan pelajar cemerlang SPM di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin FOTO : BH

Dia bukan sahaja boleh mengulangkaji pelajaran dan bertukar pendapat bersama rakan, malah rutin mereka disana yang bangun seawal 5 pagi untuk mengulangkaji turut membantu dirinya.

“Perancangan saya seterusnya ialah mahu menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi mengejar cita-cita sebagai arkitek,” katanya lagi.

Terdahulu, Nurul Syuhada bersama pelajar cemerlang SPM yang lain diraikan dalam satu majlis di sekolah terbabit yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad.

Abdul Rashid turut mengumumkan terdapat 644 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang diambil pada peperiksaan SPM tahun lalu.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

15 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

17 hours ago