Ini Petua Mudah & Jimat Untuk Kulit Cerah Berseri Macam Artis Korea

Setiap wanita pasti mahu memiliki kulit wajah yang flawless dan glowing bak artis korea, bukan?

Tapi takut nak cuba banyak produk dekat muka? Atau berhabis duit untuk produk yang tak pasti kesahihannya?

Foto Sekadar Hiasan

Jangan risau, kami ada cara yang mudah untuk korang dapatkan kulit yang mulus dan cantik tanpa perlu berbelanja lebih.

Jom! Ikuti perkongsian sis Fatin Amierah Zabri kalau nak kulit cerah berseri.

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN

  • ½ sudu kunyit serbuk
  • 1 sudu yogurt (perisa original)
  • 1 sudu madu

CARA PENYEDIAAN

  • Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nanti kunyit tu akan lekat warnanya
  • Masukkan satu persatu bahan tadi mengunakan sudu plastik. (sudu besi boleh hilangkan khasiat madu, tak pun guna sudu yogurt tu je)
  • Gaulkan sampai sebati semua
  • Pastikan dia pekat dan tak menitik
  • Ratakan di muka guna belakang sudu (jimat takyah beli berus)
  • Biarkan dalam 30 minit sehingga kering
  • Basuh muka guna air suam dan pencuci muka korang dan skrub muka terus (amat digalakkan)

Psst: sediakan towel muka yang korang dah tak sayang sebab nanti kena kesan kunyit.

KELEBIHAN

  1. Kulit jadi cerah dan flawless
  2. Glowingkan kulit muka
  3. Sembuhkan jerawat
  4. Kurangkan pigmentasi
  5. Anti-aging (penuaan)
  6. Kurangkan infection
  7. Kulit rasa lembab je
  8. Pulihkan dari sunburn (kesan terbakar)
  9. Kurangkan gelap bawah mata

Fatin dah amalkan setahun lebih, seminggu 2 kali. Paling malas seminggu sekali.

Soalan famous:

  • Tak jadi kuning ke muka tu nanti?

YES, muka kita akan jadi sedikit kekuningan. Tapi selepas beberapa jam saja. Sebabtu Fatin galakkan scrub muka selepas tu.

  • Berapa lama nak nampak kesan?

Hmm…tah la. Fatin tak kira pulak berapa lama. Tapi yang pasti selalu lah buat. Tiba-tiba orang dah tegur. EH FLAWLESSNYA KULIT! Hahhahahhaaa

Sebenarnya, petua ni dapat masa Fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap, tapi glowing gila kulit dia! Sebijik jerawat pun tarak. So dia bagi petua ni.

Dia kata orang India memang dok amal benda ni. Lagi-lagi time dorang nak kawin. Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin. So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengentin tu setiap hari. Kuikuikuii

Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa.

Selamat beramal ye!

Itulah perkongsian yang dibuat oleh sis Fatin ini di laman Facebook miliknya. Jadi korang dah boleh buat dekat rumah. Walaupun duduk dirumah sambil bekerja, penjagaan kulit amat penting yaa…terutamanya wanita!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago