“Lakukan Dan Tunjuk 2 Perkara Berbeza” – Yuna Pilih Tak Kongsi Foto Beribadat

Pada 14 November yang lepas, penyanyi Yuna menyambut ulang tahun hari jadinya yang ke-34 dengan memuat naik sekeping foto bertulis mengenai kisahnya selama 15 tahun berkarier dalam industri muzik ini.

Dia yang berkongsikan coretannya tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang wanita muslim dan pendapat dirinya tentang Islam dan juga dunia menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya itu.

Kredit: Gempak

“Ini yang saya perhatikan dan belajar. Hubungan saya dengan Allah terlalu istimewa dan peribadi. Ia bukan untuk saya tunjukkan di media sosial.

“Mengapa anda tidak pernah melihat saya memuat naik foto memakai telekung, solat atau membaca Al-Quran adalah ia bukan untuk tontonan umum. Saya tidak perlu membuktikan diri sebagai seorang Muslim yang baik.

“Tunjuk dan lakukan adalah dua hal yang berbeza,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya, ketika dirinya masih muda dia pernah berasa tertekan untuk menampilkan dirinya sebagai seorang Islam yang konservatif, namun mengetahui salah satu cara untuk menjadi orang yang gembira adalah dengan melepaskan dan membiarkan perkara berlaku dengan sendirinya.

Kredit: Instagram/@yuna

“Tidak kira betapa susahnya awak cuba untuk tunjukkan kepada orang, ia tetap tidak akan cukup pada mereka. Jangan hantar diri anda ke lembah depresi untuk hal seperti ini. Masyarakat kita tak pernah sepenuhnya mengguna pakai pepatah ‘Don’t judge a book by its cover’. Kita sebenarnya selalu mahu dilihat sebagai Muslim yang sempurna,” katanya lagi.

Selain itu, dia juga menceritakan pengalamannya yang mengenali seseorang yang tidak mengenakan hijab, tetapi baik hati dan cukup mengambil berat tentang bumi dengan mengunakan barangan kitar semula dan menjadi Muslim yang taat serta bersedekah secara personal.

“Saya pernah jumpa dan mengenali orang alim (lebih dari sekali) yang melakukan kekerasan seksual terhadap wanita. Usahawan wanita yang mencuri dan sabotaj perniagaan wanita lain hanya untuk membuat lebih banyak duit.

“Walaupun saya tahu bukan semua bersikap demikian, namun apabila melihat individu itu, saya tak percaya apa yang dilihat. Saya pernah bersikap naif pasal benda ini tapi perlu teruskan hidup untuk memahaminya.

Kredit: Instagram/@yuna

“Pada akhirnya saya belajar bahawa orang yang tidak gembira dan benci dirinya (lelaki atau perempuan) akan menyerang wanita lain yang gembira dengan diri mereka sebagai sasaran yang mudah,” tulisnya lagi.

Pengajarannya, kita dapat mempelajari sifat seseorang jika kita memahaminya, jadi janganlah terlalu cepat menghukum seseorang dari sifat dan personaliti luarannya sahaja.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago