BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 2.25% Pada 6 Julai, Ini Kesannya Terhadap Peminjam

Menepati ramalan ramai, Bank Negara Malaysia (BNM) sebentar tadi (6 Julai) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25%.

BNM menerusi satu kenyataan berkata ianya diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat selama dua hari sejak semalam, 5 Julai.

Menurut Bank Pusat itu lagi, kadar siling dan lantai OPR juga turut meningkat kepada 2.50% dan 2.00%.

Meskipun sudah diramal, kenaikan ini pastinya memberikan sedikit kesan kepada ramai rakyat Malaysia memandangkan ia baharu sahaja dinaikkan pada 11 Mei lalu.

Baca artikel berkaitan :

BNM Umum Naikkan OPR Dari 1.75 Kepada 2%

BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Minggu Ini – Kajian

Persoalan yang timbul, apakah kesannya kepada orang ramai?

Secara ringkasnya, apabila berlaku kenaikan, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Namun bagi orang awam khususnya peminjam, seiring dengan kenaikan tersebut maka bank-bank lain akan turut menaikkan kadar faedah yang mereka guna pakai dalam perjanjian dengan kita sebagai peminjam.

Ini kerana Base Lending Rate (BLR), Base Financing Rate (BFR – untuk perbankan islam) dan Base Rate (BR) yang dikawal oleh pihak Bank sememangnya sangat-sangat bergantung kepada OPR ini.

Bank pula akan menentukan kadar BLR atau BFR dan BR, berdasarkan kos dana dalaman (“internal cost of fund”).

Apa itu Internal Cost Of FUnd?

Internal cost of fund ini adalah kos yang ditanggung oleh pihak bank bagi membolehkan mereka meminjam/ menjana dana/ membiaya para pelanggan bank mereka yang mengambil pembiayaan atau pinjaman.

Kesan terhadap peminjam

Ingat satu sahaja! Bila OPR berkurang atau naik, BR & BLR yang bank tetapkan juga akan berkurang atau naik sekali.

Jadi kenaikan ini pastinya memberikan beberapa kesan ‘kecil’ terhadap peminjam antaranya :

1) Tempoh pembayaran menjadi lebih panjang atau
2) Kadar pembayaran bulanan akan tinggi sedikit sekiranya pinjaman berdasarkan floating rate. Ini termasuklah loan rumah (pinjaman perumahan), ASB Financing (pinjaman bagi pelaburan ASB) dan lain lain.
3) Kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank juga akan diperketatkan. Dalam erti kata lain, anda semakin sukar untuk membuat pinjaman!

Walau bagaimanapun kenaikan OPR ini tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap pembiayaan yang menggunakan ‘fixed rate’.

OPR sebelum ini diturunkan beberapa kali

Sebagai maklumat anda, BNM sebelum ini telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak beberapa kali ekoran dari beberapa faktor termasuk penularan wabak Covid-19 iaitu dari 3.25% ke 1.75%.

Banyak juga kan?

Namun selepas dua tahun bergelut dengan pandemik, BNM membuat keputusan untuk menyemak sebelum menaikkannya kembali pada 11 Mei lalu iaitu sebanyak 25 mata asas ke 2.00%.

Jadi apa yang perlu anda dan kami lakukan?

Sebaiknya semak kembali perbelanjaan bulanan anda. Buat anda yang mungkin terlepas pandang, periksa sama ada anda pembiayaan anda berbentuk floating rate (kadar terapung) atau fixed rate (kadar tetap).

Kebiasaannya pembiayaan peribadi (personal loan) dan pembiayaan kereta adalah menggunakan fixed rate manakala loan rumah (housing loan/pembiayaan perumahan) dan ASB Financing adalah sebaliknya.

Sekiranya ada kenaikan, jangan terkurang bayar kerana ini akan memberikan kesan kepada rekod CCRIS dan CTOS anda.

Selain itu, lebihkan berjimat dan elak dari menjadi terlalu boros.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

48 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

18 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

19 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago