fbpx
Now Reading
BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Minggu Ini – Kajian

BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Minggu Ini – Kajian

Menurut satu nota kajian oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research), kenaikan ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras sekaligus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar awal Mei lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00%.

BNM dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman sesawang mereka berkata, keputusan menaikkan kadar tersebut dilakukan sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM yang berlangsung pada hari sama.

Kenaikan ini selepas hampir setahun berada pada paras terendah iaitu 1.75% bagaimanapun sudah dijangkakan malah ada yang meramalkan ia akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Naik 25 mata asas ke 2.25%

Terbaharu, Awani melaporkan BNM dijangka akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) yang bakal berlangsung pada Rabu, 6 Julai ini.

Menurut satu nota kajian oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research), kenaikan ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras sekaligus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

“Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada 3.9% pada April, manakala perdagangan luar berkembang 2 digit memberikan isyarat positif pemulihan kukuh dalam ekonomi,” jelasnya dalam nota penyelidikan tersebut.

Baca artikel berkaitan :

BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 2%, Ini Kesannya Terhadap Kita

Ambank jangka naik 50 mata asas

Angka ini bagaimanapun dilihat sedikit rendah berbanding kajian Ambank Research pada 26 Jun yang lalu menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas dengan mengunjurkan peningkatan inflasi turut akan berlaku.

Menerusi satu nota penyelidikan, Ambank menjangkakan inflasi keseluruhan negara adalah antara 2.8% dan 3.0% tahun ini.

Inflasi keseluruhan pada Mei 2022 berada pada 2.8% tahun ke tahun, menjadikan purata inflasi sepanjang tahun kepada 2.4% tahun ke tahun.

Kenaikan mendadak hanya akan naikkan hutang rakyat

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff bagaimanapun berpendapat kenaikan OPR mungkin tidak setinggi 50 mata asas yang dijangkakan.

Ini kerana kenaikan melampau hanya akan menyebabkan hutang rakyat meningkat dengan ketara, dalam masa sama boleh menjejaskan pembiayaan bank.

“Saya lihat BNM mungkin hanya akan umum kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas pada bulan ini kerana kadar inflasi masih rendah pada 2.8 peratus. Tetapi saya tidak melihat akan berlaku kenaikan 50 mata asas dalam satu pengumuman,” katanya dipetik dari Utusan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.