UNIQLO Buka Cawangan Pertama Di Kota Bharu, Kelantan

UNIQLO pada 21 November telah mengumumkan cawangan pertamanya di Kelantan yang bakal dibuka secara rasmi pada 24 November di AEON Mall Kota Bharu. Sempena pembukaan ini, pelanggan akan ditawarkan dengan diskaun menarik, ekslusif, serta terhad sepanjang bulan pembukaan UNIQLO di sana.

UNIQLO juga akan menjalankan tanggungjawab untuk komuniti setempat dengan menyediakan pengalaman membeli-belah di butik UNIQLO buat kanak-kanak kurang bernasib baik di Kelantan.

UNIQLO Kota Bharu Tampil Dengan Koleksi Pelbagai Buat Warga Kelantan

Sama seperti cawangan-cawangan UNIQLO yang lain, kedai baharu itu akan menampilkan pelbagai jenis pakaian UNIQLO LifeWear untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak termasuk barisan UNIQLO yang popular, seperti AIRism.

AIRism merupakan produk inovatif dan berfungsi menyerap lembapan untuk keselesaan optimum dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia. Ia juga tersedia dalam pelbagai jenis pakaian daripada t-shirt, facemask, pakaian dalam, outerwear, tudung dan banyak lagi.

Koleksi teras UNIQLO – baju dan seluar, termasuk seluar jeans untuk bekerja dan bersantai, pakaian santai dan pakaian utiliti sukan untuk lelaki dan wanita, pakaian untuk kanak-kanak dan bayi serta aksesori seperti kasut, tali pinggang dan beg; dan kemeja-T UT atau UNIQLO yang menawarkan pelbagai budaya pop asli dan grafik seni dari seluruh dunia.

Pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif dan terhad berikut bermula dari 24 hingga 27 November:

  • NOVELTY BOX DOOR GIFTS* – Pin enamel warisan Kelantan & kuih-muih tempatan untuk pelanggan pada hari pembukaan.
  • HADIAH DENGAN PEMBELIAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI TEMPATAN* – Penebusan Spiral Notebook ana tomy dengan sebarang pembelian.
  • FREE GIFT – Tumbler keluli tahan karat dengan setiap pembelian RM200 & ke atas.

Cawangan Baharu UNIQLO Ingin Rai Kanak-kanak Yang Tidak Bernasib Baik Di Kelantan

Selaras dengan dasar kelestarian Masyarakat oleh UNIQLO – yang memiliki pendirian kukuh dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik melalui kuasa pakaian, UNIQLO akan memberikan pengalaman membeli-belah untuk lebih 30 kanak-kanak dari rumah anak yatim dan rumah kebajikan di Kelantan.

Setiap kanak-kanak akan diberi bajet untuk membeli pakaian yang mereka sukai semasa cuti sekolah pada bulan Disember nanti. Selain pakaian baharu, kanak-kanak akan menyertai aktiviti seperti mewarnakan beg dan mempelajari bagaimana cara butik UNIQLO dikendalikan oleh kakitangan mereka.


UNIQLO AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.

  • Alamat: F-21, Aras Satu, AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu.
  • Waktu Operasi:
    • 10 am to 10 pm (Ahad – Khamis)
    • 10 am to 12.30 pm and 2.30 pm to 10 pm (Jumaat)

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago