Pizza Hut & Mamee Monster Kerjasama Perkenal Pizza Spicy Crunch

Pizza Hut dan syarikat snek ikonik Malaysia, Mamee Monster telah bekerjasama untuk menawarkan piza serba baharu Spicy Krunch.

Menurut Pizza Hut, pelancaran produk perayaan terbaharu ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di musim Ramadan dan Hari Raya Aidifltiri ini.

Jelas mereka, Spicy Krunch tidak sama seperti hidangan piza yang lain kerana ia akan mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis buat para penggemar piza.

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Pizza Hut Malaysia Emily Chong berkata, kerjasama antara Mamee Monster dan Pizza Hut sememangnya sesuatu yang tidak dijangka.

“Tetapi kami merasakan piza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.

“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza
bertujuan untuk dinikmati bersama-sama. Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten
berusaha untuk menginovasi piza kami untuk membuat setiap hidangan untuk pelanggan
kami yang tidak dapat dilupakan,” kata Emily.

Pizza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup
sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang
istimewa.

Hanya untuk masa terhad

Namun sama seperti Hari Raya yang hanya disambut “setahun sekali”, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup.

Bukan itu sahaja, pesan piza ini sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 dan anda akan menikmati diskaun RM7.

Keluarga besar ? Jom makan Pizza Looooooooong Party Box

Anda mempunyai keluarga yang besar? Apa kat cuba Pizza Looooooooong Party Box, hidangan yang sesuai untuk 10 kepala menjadikannya pilihan yang sempurna pada musim perayaan ini.

Bukan itu sahaja! Dari 27 Mac hingga April 13, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut. Keluarga terbesar menang!

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran Pizza Hut berdekatan untuk
makan di restoran atau bawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Pizza Hut di sini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago