Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen ‘Back 2 Uni’, Kembara Ke Beberapa Lokasi Termasuk IPT Guna Van Combi

Bermula 16 Mac 2023 ini, Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni bertujuan untuk memperkenalkan produk Styling dan Colour Got2B kepada pelajar universiti yang mahu memulakan kehidupan baharu mereka. 

Kempen ini tertumpu kepada Generasi Y dan Z yang ingin mencari perubahan, menggemari cabaran dan masih mencari identiti sebenar mereka di dunia luar.

Schwarzkopf Got2B adalah sebuah jenama yang penuh bersemangat, relevan dan menggalakan para penggunanya mengikuti gaya asli tersendiri.

Bagi memastikan golongan pelajar dapat memanfaatkan kempen ini, Got2B akan mengembara ke beberapa buah universiti dalam negara serta lokasi kegemaran Generasi Y dan Z dengan menggunakan Van Combi.

Van Combi lengkap dengan Tester Bar dan Refill Station

Van Combi dilengkapi dengan Tester Bar dan Refill Station. Para pelajar boleh memperolehi botol di Refill Station dan mengisi dengan syampu atau perapi rambut pilihan mereka.

Sementara itu, Tester Bar memberikan para pelajar peluang untuk meneroka dan mencuba rangkaian produk Styling Got2B dan juga membawa pulang bekas mini produk tersebut.

Boleh bawa bekas perapi rambut lama tukar dengan produk Schwarzkopf baharu

Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti program Old to New, di mana peserta boleh membawa mana-mana bekas botol perapi rambut lama mereka untuk ditukarkan dengan produk perapi rambut Schwarzkopf yang baharu.

Untuk tarikh dan lokasi, jangan lupa untuk mengikuti pengumuman di laman Instagram rasmi mereka. Kempen Got2B juga menyediakan pelbagai hadiah yang menarik setiap hari!

Selain itu, anda juga boleh menyertai permainan yang sedia ada dan juga program Buy & Win untuk berpeluang memenangi sepasang kasut. Hanya enam pasang sepatu yang dipertaruhkan!

Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh kunjungi untuk menyertai kempen Buy & Win ini:

  • 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (Guardian atau Kombi)
  • 1 April 2023 – 30 April 2023 (Watsons atau Kombi)

Untuk mengetahui sebarang info dan maklumat lanjut program-program ini, ikuti akaun Instagram dan Facebook Schwarzkopf Malaysia.

Antara Produk Schwarzkopf Got2B Yang Patut Anda Cuba

Schwarzkopf Got2B adalah jenama gaya hidup yang berkembang pesat serta menginspirasikan Generasi Y dan Z dengan memberi keyakinan kepada mereka untuk mengungkapkan keunikan peribadi.

Terokai pelbagai tekstur unik dengan setiap produk perapian dalam siri Got2B! Schwarzkopf Got2B mempunyai banyak jenis produk yang sangat menarik termasuklah

#1 Got2B’s Glued Range

Glued Range Got2B pasti akan ‘menaikkan’ rambut anda lebih tinggi daripada biasa! Siri produk ini mencipta gaya yang boleh menentang kuasa graviti serta memberikan pegangan begitu kuat. Tahukah anda wax yang ringan dalam siri produk ini juga tidak meninggalkan kesan mengelupas atau kelemumur?

Harga bermula daripada RM32.50 – RM50.00.

#2 Got2B’s Volumaniac Range

Volumaniac Range Got2B yang terdapat dalam bentuk mousse dan penyembur rambut menawarkan diperbuat daripada polimer kompleks yang digabungkan dengan agen flex untuk memberikan pegangan tinggi secara semula jadi.

Harga bermula daripada RM43.50.

#3 Got2B’s Phenomenal Range

Beralih kepada siri Fenomenal Got2B pula yang boleh memenuhi keperluan lelaki milenium untuk menggayakan rambut dalam rutin harian. Siri Fenomenal yang dihasilkan dengan formula unik ini pasti dapat memenuhi semua keperluan luar biasa sama ada anda menginginkan tekstur yang menebal mahupun untuk menggilap.

Harga bermula daripada RM36.90.

#4 Got2B’s Farb/Artist Colour

Terdapat enam warna berbeza dalam siri warna Got2B Farb/Artist daripada warna pastel hingga kepada warna pelangi. Warna-warna terang ini pasti menunjukkan gaya berani dan ekspresi diri yang digemari oleh generasi muda!

Harga bermula daripada RM53.90.

Produk Schwarzkopf Got2B boleh didapati di Watsons, Guardian dan di pasaraya terpilih! Nak beli online? Tak perlu risau, produk-produk ini juga boleh didapati di Shopee dan juga Lazada.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago