Sempena Ramadan & Raya, Secret Recipe Kolaborasi Bersama Cef Anis Nabilah Perkenal Sajian Istimewa

Bersempena bulan mulia, Ramadan dan Hari Raya Aidilftiri yang bakal menjelang, rangkaian kafe kegemaran Malaysia, Secret Recipe telah melancarkan beberapa sajian istimewa yang terinspirasi dari hidangan tempatan dengan sentuhan moden kontemporari.

Menu ini pasti akan memuaskan selera anda dengan hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh berkat ini.

Menu Ramadan dan Raya kali ini tampil dengan variasi hidangan kegemaran musim yang popular seperti Nasi Kerabu Specials.

Dihasilkan menerusi kerjama dengan cef selebriti terkenal, Anis Nabilah, ia didatangi tengan tiga jenis hidangan nasi biru yang menjadi spotlight.

Selain rasa sedap, ada juga pilihan yang lebih sihat, so memang sempurna untuk bulan puasa yang penuh berkat ini!

Menu Istimewa Secret Recipe Hasil Sentuhan Cef Anis Nabilah

Foto: Afifa/ BuzzKini

Perkenalkan Nasi Kerabu

Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar, keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos Percik pedas.

Seterusnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang dan dilumuri sos Percik, dipadankan dengan nasi biru harum dan pelbagai hidangan sampingan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Malah kami juga berpeluang merasai menu ini semalam, 5 April sewaktu Majlis Pelancaran dan Berbuka Puasa Secret di Citta Mall, Selangor.

Cef Anis hasilkan 2 minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe

Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe.

  • Kurma Calamansi Fizz: menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga.
  • Ice Blended Onde-Onde: minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya.

Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang sukakan eksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan Raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu Raya kegemaran sepanjang masa – Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh chef selebriti, Anis Nabilah. Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia.

Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe

Cef Anis Nabilah dalam masa yang sama melahirkan rasa kesyukuran kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Secret Recipe.

Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik. Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!

Cef Anis Nabilah

Bukan Sahaja Hidangan Istimewa, Kek Istimewa Sempena Ramadan Raya Juga Ditawarkan!

Sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang menggemari pencuci mulut, Secret Recipe juga telah memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini.

Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa diapit di antara span pandan gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.

Untuk rekod, Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.

Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran dan kesemua cawangan Secret Recipe Semenanjung Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk rasa hidangan istimewa ini tau.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago