Penggunaan Ayat ‘Rahmah’ Pada Makanan Non Halal Tidak Sesuai, Kata Pemimpin ISMA [Video]

Inisiatif kerajaan melancarkan Menu Rahmah bermula 31 Januari lalu ternyata memberikan impak yang positif apabila ia disambut baik oleh masyarakat dan juga peniaga.

Bukan sahaja peniaga kecil-kecilan, bahkan syarikat-syarikat besar termasuk restoran makanan segera termuka turut tidak terkecuali apabila menawarkan hidangan mampu milik itu buat para pelanggan.

Baca artikel berkaitan: “Hidangan Yang Lengkap” – Pelanggan Sifatkan Menu Rahmah Berbaloi

Terbaharu Ahad lalu (2 April), beberapa hidangan Menu Rahmah bagi kategori tidak halal turut diperkenalkan di Johor.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahudin Ayub, setakat ini terdapat 49 buah kedai di sana yang mula menawarkan Menu Rahmah Non Halal itu di kedai mereka.

Perkaatan Rahmah dari al-Quran, makanan itu tidak tepati ciri-ciri Islam

Inisiatif ini bagaimanapun mendapat reaksi yang berbeza dari pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Ketua Wanita ISMA Shazamawati Zam Hashari ketika dihubungi Pertiwi TV berkata, ini kerana perkataan Rahmah itu berasal dari ayat-ayat al-Quran manakala makanan tersebut tidak menepati ciri-ciri Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, ia tidak sepatutnya disenaraikan di bawah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan itu.

“Kita harus memilih menu Rahmah itu kerana Rahmah itu berkaitan dengan Islam. Jadi makanan non halal itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam. Tidak sepatutnya dikategorikan di bawah Menu Rahmah.”

Ketua Wanita ISMA Shazamawati Zam Hashari

Jika halal dan patuh ciri-ciri dikehendaki Islam tiada masalah

Namun sekiranya peniaga bukan Islam ini menjual makanan Menu Rahmah, ia perlulah mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki Islam.

“Jadi apakah ciri-ciri yang memenuhi kehendak Islam ini? Paling utama makanan itu mesti halal. Ia tidak semestinya mendapatkan pensijilan halal kerana ia akan mengambil masa tetapi cukup sekadar kandungannya halal seperti haiwan yang disembelih, tiada arak dan khinzir.

“Yang kedua ia mestilah sihat iaitu nilai gizinya adalah seimbang mengikut keperluan badan manusia itu sendiri.

“Menu itu juga perlu dihasilkan dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dimakan yang tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka yang makan. Itu maksud Menu Rahmah bagi sudut pandangan Islam,” kata Shazamawati.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago