Kerja rumah selalunya dikaitkan dengan wanita atau isteri. Namun, seiring dengan peredaran zaman, fahaman mengenai kerja rumah telah bertukar.
Masyarakat kini menganggap kerja rumah sebagai satu kerja yang perlu dilakukan secara bersama oleh suami isteri memandangkan pada masa kini, majoriti kedua-duanya keluar berkerja mencari rezeki.
Dalam memastikan kerja rumah dilaksanakan secara sama rata antara suami isteri, kerajaan Sepanyol bakal mewujudkan satu aplikasi khas yang akan memantau ahli keluarga khususnya suami dalam membuat kerja rumah.
Inisiatif ini diambil sebagai langkah penyelesaian bagi isu kerja rumah yang sering mendapat liputan meluas di negara tersebut.
Berdasarkan kaji selidik yang dilaksanakan oleh Statistik Kebangsaan Sepanyol, 45.9% responden wanita menyatakan mereka melakukan kerja rumah berbanding hanya 14.9% responden lelaki yang melakukan kerja rumah.
Topik ini dilihat sebagai satu isu penting apabila mahkamah di negara tersebut juga pernah mengarahkan seorang suami membayar pampasan kepada isteri berhubung kerja rumah yang dilakukannya.
Menurut Menteri Kesamaan Jantina dan Keganasan Domestik Sepanyol, Angela Rodriguez, tujuan utama aplikasi ini dibina bagi mewujudkan kesaksamaan dan keseimbangan dalam melakukan kerja rumah sesama jantina.
“Golongan wanita kebiasaannya melakukan lebih banyak kerja rumah berbanding lelaki dan perkara itu perlulah dilakukan secara seimbang tanpa mengira jantina.”
Menteri Kesamaan Jantina dan Keganasan Domestik Sepanyol, Angela Rodriguez.
Aplikasi ini membolehkan setiap isi rumah merekodkan bilangan jam kerja rumah yang dilakukan.
Tambah Angela, jabatannya sedang dalam menyiapkan rangka kerja bagi membangunkan aplikasi tersebut secara percuma dan ia dijangka akan dilancarkan pada musim panas.
Ujarnya lagi, kerajaan memperuntukkan sebanyak 211,750 euro (RM1.04 juta) bagi tujuan pembangunan aplikasi ini.
Tidak terhad kepada pasangan suami isteri, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh semua isi rumah.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Sampai Menangis!’ – Rajin Tolong Buat Kerja Rumah, Suami Terharu Dapat Hadiah PS5
Baca Artikel Berkaitan: Sembang Lelaki Kena Tegas & Tak Buat Kerja Rumah, Achey Akhirnya Kantoikan Hairul Azreen
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…