“Cerita Malaysia Sangkut Stetoskop Pon Tak Betul” – Dr Zulkifli Puji Drama Korea Penuh Mesej & Ilmu [Video]

Drama Korea atau K-Drama telah menjadi fenomena yang sangat popular di Malaysia. Rata-rata drama ini mempunyai peminatnya yang tersendiri

Malah, sehingga kini, pelbagai genre drama Korea disiarkan melalui pelbagai platform sehingga terdapat saluran khas bagi peminat drama Korea ini.

Drama Korea Penuh Ilmu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Puji Drama Korea

Baru-baru ini, tular di Tik Tok klip video yang memaparkan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji tayangan drama Korea yang penuh dengan mesej dan ilmu.

Menerusi klip video di akaun Tik Tok Media_Albakri, Dr. Zulkifli berkata walaupun mempunyai kekangan masa, namun beliau berpeluang untuk menonton drama Korea yang mengisahkan seorang peguam autism.

“Saya tak ada masa tapi kalau saya minat saya akan tengok untuk saya dapat maklumat. Saya baru tengok cerita peguam autism, bagus,” katanya.

Cerita Penuh Dengan Rujukan, Bila Orang Tengok, Orang Dapat Ilmu

Malah, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut memuji produksi drama Korea yang membuat kajian terperinci sebelum menghasilkan sesuatu karya.

“Mereka study, mereka rujuk kepada pakar. Kalau bab perundangan, mereka rujuk kepada bidang perundangan, artikel apa, akta berapa, undang-undang berapa, jadi bila orang tengok, orang akan dapat ilmu,” katanya.

Kebanyakan Drama Di Malaysia Tidak Cukup Info

Dalam pada masa yang sama, beliau turut membuat perbandingan di antara drama Korea dan drama Malaysia.

Beliau berpendapat, kebanyakan drama yang dihasilkan oleh produksi di Malaysia tidak cukup info atau maklumat berkaitan sesuatu perkara contohnya dalam hal perubatan seperti penggunaan stetoskop.

“Kita macam orang Malaysia berlakon cerita doktor, kadang-kadang sangkut stetoskop pon tak betul,” ujarnya.

Rata-rata warganet memberikan reaksi positif terhadap apa yang dikatakan oleh beliau. Kebanyakannya, menyokong dan mengiyakan apa yang dikatakan oleh agamawan tersebut.

Foto: TikTok Media_albakri
Foto: TikTok Media_albakri
Foto: TikTok Media_albakri

Untuk info, drama Korea mula menjadi tumpuan di Malaysia dan seluruh dunia sekitar awal tahun 2000.

Malah, salah satu drama iaitu Winter Sonata disifatkan sebagai perintis Korean Wave atau Hallyu.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Adalah 10 K-Drama Terbaik Sepanjang Masa Yang Harus Anda Tonton!

Baca Artikel Berkaitan: Senator Dikecam Selepas Dakwa Pengaruh Drama Korea Jadi Punca Remaja Bunuh Diri

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago