fbpx
Now Reading
Ini Adalah 10 K-Drama Terbaik Sepanjang Masa Yang Harus Anda Tonton!

Ini Adalah 10 K-Drama Terbaik Sepanjang Masa Yang Harus Anda Tonton!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama adalah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Jalan ceritanya yang sering menarik perhatian merupakan antara penyebab peminatnya tidak pernah bosan untuk menonton siri drama Korea setiap kali ianya ditayangkan.

Kepada yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia K-Drama ataupun yang sedang mencari drama yang boleh ditonton pada hujung minggu, berikut merupakan 10 K-Drama Terbaik sepanjang masa!

#1 Goblin: The Lonely and Great God

Foto: Pheuron Tay

Drama Goblin ini adalah mengenai seorang Goblin pada zaman moden yang tidak lagi mahu untuk hidup sebagai makhluk yang ‘immortal’. Untuk merealisasikan perkara itu, dia perlu berkahwin dengan manusia. Dia kemudiannya berjumpa dengan ‘Grim Reaper’ yang tidak dapat mengingati masa lalunya. Selepas Goblin bertemu dengan seorang gadis, dia sedar bahawa dia ingin hidup bersama dengannya. Cerita ini merangkumi jangka masa berabad-abad lamanya dan telah mencipta sebuah mitologi yang lengkap pada setiap watak. Malahan, ia juga mempunyai soundtrack Drama Korea terbaik sepanjang masa.

Episod: 16

Genre: Fantasi, Romantik

#2 Strong Woman Do Bong Soon

Foto: Soompi

Cerita ini berkisarkan tentang Bong Soon yang dilahirkan dengan kekuatan luar biasa. Kekuatannya telah diturunkan hanya kepada golongan wanita dalam kalangan ahli keluarganya. Dia juga mampu untuk menumpaskan pembuli yang dijumpainya di jalanan menggunakan kuasa dimilikinya. Suatu hari, Min Hyuk, seorang CEO syarikat permainan video game telah menawarnya sebuah pekerjaan bergaji tinggi sebagai pengawal peribadinya. Selain itu, dia turut memberi peluang berkerja di jabatan permainan syarikatnya.

Episod: 16

Genre: Romantik Komedi, Drama

#3 Crash Landing on You

Foto: Forbes

Ini adalah gaya moden Romeo dan Juliet. Cerita ini mengenai seorang wanita yang merupakan jutawan Korea Selatan dan CEO bertemu dengan Kapten Unit Pasukan Khas Korea Utara ketika “terhempas” sewaktu mendarat di Korea Utara. Ia berlaku secara tidak sengaja berpunca daripada angin taufan ketika dia sedang melakukan aktiviti ‘paragliding’. Terdapat banyak liku sepanjang drama ketika mereka mula jatuh cinta dalam masa yang sama melarikan diri dari seorang pegawai Korea Utara yang jahat.

Episod: 16

Genre: Romantik Komedi, Drama

#4 Descendants of the Sun

Foto: Vulcan Post

Descendants of the Sun adalah mengenai kapten pasukan khas dan seorang doktor wanita yang jatuh cinta ketika memberikan bantuan di negara yang menghadapi bencana alam dan kerusuhan awam.

Episod: 16

Genre: Aksi, Romantik

#5 Itaewon Class

Foto: The Jakarta Post

Ianya merupakan kisah balas dendam yang berkisar pada Park Saeroyi, seorang pemuda yang berkeinginan untuk mempunyai syarikat makanan terbesar di Korea untuk membalas dendam bagi pihak ayahnya. Setelah menghabiskan masa di penjara kerana memukul pembunuh ayahnya yang terjadi disebabkan oleh kemalangan kereta, dia kemudiannya membuka sebuah restoran di Itaewon. Drama ini diadaptasi dari ‘webtoon’ Korea.

Episod: 16

Genre: Drama

#6 The Heirs

Foto: Kpop Starz

The Heirs menceritakan tentang seorang lelaki dan gadis yang berjumpa buat kali pertama secara tidak sengaja di Amerika. Lelaki itu merupakan pewaris kepada sebuah syarikat besar manakala gadis itu pula hanyalah anak kepada seorang pembantu rumah. Kedua-duanya mula hidup bersama sebelum menyedari bahawa mereka mempunyai perasaan sesama sendiri. Sewaktu lelaki itu kembali ke Korea Selatan, dia mendapati ibu kepada gadis tersebut bekerja sebagai pembantu di rumah keluarganya. Walaupun dia tidak pernah menyembunyikan perasaan terhadap gadis itu, namun keluarganya tetap menentang sekerasnya.

Episod: 20

Genre: Romantik, Drama

#7 W: Two Worlds

Foto: Drama Milk

Ceritanya adalah mengenai pengarang webtoon yang sangat terkenal bernama W yang hilang. Tidak ada yang tahu dimana keberadaannya. Anak perempuannya cuba mencarinya melalui petunjuk di biliknya. Suatu hari, sebuah tangan yang berlumuran berdarah telah menariknya dan secara tiba-tiba dia berada di sebelah seorang lelaki dengan luka tikaman di atas bumbung bangunan. Dia kemudian kembali ke dunia nyata dengan episod baru W yang dilancarkan menunjukkan apa yang berlaku dengannya di atas bumbung. Ini adalah ketika dia menyedari dia berada di ‘webtoon’!

Episod: 16

Genre: Fantasi, Romantik, Debaran

#8 Pinocchio

Foto: Coffee and Irony

Ini adalah kisah tentang seorang lelaki yang menjadi wartawan untuk mendedahkan industri yang korup dan gadis yang menghidapi Sindrom Pinokio. Sindrom Pinokio menjadikannya mustahil untuk berbohong tanpa mengalami sedu. Dia juga merupakan seorang wartawan dan kedua-duanya akhirnya menjadi kawan.

Episod: 20

Genre: Romantik, Drama, Komedi

#9 While You Were Sleeping

Foto: Dramas with a Side of Kimchi

Pada yang meminati drama yang melibatkan undang-undang pasti akan menyukai While You Were Sleeping. Ini adalah kisah mengenai kehidupan tiga buah watak. Seorang pekerja restoran, peguam dan pegawai polis. Pekerja restoran itu telah mengalami mimpi aneh sejak kecil mengenai peristiwa masa depan. Tidak lama kemudian, dia bertemu dengan seorang peguam dan polis dan menyedari bahawa mereka semua mempunyai mimpi yang serupa mengenai peristiwa masa depan. Mimpi mereka boleh berhubung sekiranya mereka bekerjasama untuk mengetahui alasan kepada kemampuan mereka.

Episod: 16

Genre: Fantasi, Romantik

#10 Mr. Sunshine

Foto: Kpop Map

Sunshine adalah mengenai seorang hamba abdi pada dinasti Joseon yang melarikan diri ke Amerika Syarikat pada tahun 1871. Dia menjadi pegawai laut A.S. dan kembali ke Joseon untuk sebuah misi. Dia akhirnya jatuh cinta dengan cucu bangsawan di sana. Cinta mereka tercabar kerana kelas mereka yang berbeza dan watak lain yang turut berminat dengan cucu perempuan itu.

Episod: 24

Genre: Romantik, Drama

Nampak menarik kan? Bolehlah luangkan waktu cuti anda dengan drama yang telah dicadangkan. Selamat menonton!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.