Korang mesti pernah menonton filem seram tempatan mahupun luar negara yang menyajikan pelbagai jenis jalan cerita yang menarik seperti ‘Munafik’, ‘The Conjuring’, ‘Ju-On: The Grudge’, dan ‘KKN Di Desa Penari’.
Setiap kali menonton filem ini, pasti akan ada yang menyoal bagaimana babak seram ini boleh berlaku dan mengapa watak mangsa selalu membuat keputusan yang tak masuk akal sehingga menjerat diri.
Kalau bab ‘complain’ memang laju je, cuba anda sendiri berada dalam situasi tersebut.
Nak tahu anda jenis berani atau penakut, apa kata buktikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga dengan mengambil bahagian dalam permainan Hauntu.
Hauntu merupakan sebuah permainan dengan menggabungkan persembahan teater dan konsep rumah hantu yang memberikan pengalaman interaktif baharu kepada para pengunjung.
Permainan ini tidak sama seperti rumah hantu di luar sana kerana anda juga akan diberikan watak tersendiri dalam jalan cerita yang disediakan dan perlu berinteraksi dengan pelakon mereka.
Setiap keputusan yang dibuat ketika permainan ini akan mempengaruhi penghujung jalan ceritanya.
Memang rasa sebiji macam tengah berlakon dalam filem seram. Mood ‘in character’ ya semua!
Baru-baru ini, team TRP telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada kumpulan untuk menjalankan misi di sebuah lokasi seram dalam permainan Hauntu.
Dalam permainan ini, anda memerlukan dua hingga 10 orang pemain.
Untuk pengetahuan anda, Hauntu mempunyai pelbagai jalan cerita dengan episod berbeza seperti:
Team TRP telah diberi peluang untuk bermain jalan cerita The Thief di mana kami semua diberikan watak sebagai ahli kumpulan Harimao Gang yang perlu menyelesaikan misi mencuri jongkong emas di sebuah bilik.
Sebelum permainan bermula, staf mereka menjelaskan beberapa peraturan seperti:
Selepas selesai ‘briefing,’ kami diberikan minuman di sebuah restoran sementara menunggu bermulanya persembahan oleh ‘Saloma’. Tiba-tiba, ada sesuatu perkara yang berlaku dan menyebabkan kami perlu masuk ke dalam sebuah bilik.
Dan di situlah misi kami untuk mencuri jongkong emas bermula.
Dalam misi tersebut, kami diketuai oleh seorang pelakon yang membawa watak ‘Megat’ yang akan memberikan arahan. Memang agak mencabar ya misi ini kerana perlu mencari barangan dalam suasana gelap dan dalam keadaan takut.
Dari saat itu, bermulalah episod seram yang penuh kejutan. Kami bukan sahaja perlu merangkak, malah perlu menyorok dan melarikan diri daripada suatu entiti yang menyeramkan.
Bayangkan, perlu cari jalan keluar dalam keadaan gelap dengan cepat. Kalau tidak, orang yang dirasuk hantu itu akan datang serang anda!
“Paling kelakar bila kami cuba untuk membuka semua pintu untuk mencari jalan keluar nak lari dari hantu dan terkeluar dari Hauntu sebab salah buka pintu kecemasan. Terkejut bila keluar nampak jalan raya. ‘Hantu’ pula yang panggil kami masuk balik.”
Team BuzzKini
Walaupun permainan ini dianggarkan dalam tempoh 45 sehingga 60 minit, tetapi kami semua merasakan ia seolah-olah agak singkat. Tahu-tahu dah habis!
“Sampai dekat satu bilik tu kami jumpa jongkong emas, tapi teragak-agak nak ambik dan tiba-tiba kami dibawa oleh Megat (pelakon Hauntu) ke tempat awal kami bermula tadi, rupanya permainan dah tamat. Betapa riuhnya kami dalam tu sampai masa sejam pun tak rasa lama.”
Team BuzzKini
Bagi kami, permainan ini tidak begitu menguji minda tetapi lebih kepada ingin mencari jalan keluar dalam keadaan menakutkan demi menyelesaikan misi yang diberikan.
Ada sesetengah perkara memerlukan kerjasama antara pasukan untuk menyelesaikan setiap tugasan.
Secara keseluruhannya, permainan ‘Hauntu’ ini bagi kami agak ‘so-so’ kerana kurang ‘jumpscare’ dan lebih kepada perasaan takut disebabkan bunyi seram. Mungkin kena pilih jalan cerita yang lebih menakutkan?
Tetapi lakonan oleh para pelakon Hauntu memang cukup mengagumkan, anda akan rasa seperti berada di dalam situasi yang sebenar dan bukannya sekadar permainan.
Kalau anda nak mencuba sendiri permainan ini boleh pergi ke Hauntu bertempat di The LINC KL.
Maklumat lanjut tentang permainan ini boleh klik [DI SINI].
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…
Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…
Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.
Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…
Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…