fbpx
Now Reading
Suria KLCC Tawar Pengalaman Unik Dengan ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan

Suria KLCC Tawar Pengalaman Unik Dengan ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan

Tempat berkelah ‘Picnic in the Park’ ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS dan muzik menakjubkan dari air pancut muzikal KLCC, memberikan pengalaman rekreasi luar biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara, KLCC yang cukup popular di kalangan pelancong dan warga tempatan kini mengadakan satu aktiviti unik di mana mereka memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman berkelah di lanskap indah Taman KLCC.

Aktiviti berkelah eksklusif ini akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 7 hingga 16 Julai 2023.

Bagaimana Untuk Sertai Aktiviti ‘Picnic In The Park’ Di KLCC?

Caranya mudah sahaja!

Para pelanggan yang membeli barangan bernilai RM1,000 ke atas melalui dua resit dari 30 Jun hingga 9 Julai 2023 berpeluang merasai sendiri pengalaman Picnic In The Park KLCC yang terhad untuk empat (4) orang setiap kali menebus.

‘Picnic Starter Pack’

Tempat berkelah ‘Picnic in the Park’ ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS dan muzik menakjubkan dari air pancut muzikal KLCC, memberikan pengalaman rekreasi luar biasa.

Tetamu akan diberikan persediaan berkelah yang mewah termasuk khemah, tikar, dan dekorasi unik. Tetamu juga akan menikmati makan malam khas untuk empat orang yang disediakan oleh “Burger & Lobster”. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati minuman menyegarkan seperti “Whittard of Chelsea iced tea”, serta hidangan seperti “Cotton Candy” dan “popcorn” di kios yang disediakan.

Selain itu, tetamu juga dapat menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. Mereka juga berpeluang mengambil gambar di kios “Hot Air Balloon” yang menarik, serta bermain dengan “Motion-Sensor Dancing Flower” untuk pengalaman yang tak akan dilupakan.

Para tetamu akan menerima barangan berkelah lain atau ‘picnic starter pack’ lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matahari, dan peniup buih.

Tambahan pula, pembeli berdaftar akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan peluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucar tunai “Burger & Lobster” bernilai RM600 setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan dari “Whittard of Chelsea”, serta alat perkakas rumah daripada Remax.

Suria KLCC bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan Toys “R” Us dalam mewujudkan pengalaman ini.

Aktiviti ini memberikan makna yang mendalam kepada tetamu dan menawarkan pelbagai tawaran menarik sepanjang berlangsungnya aktiviti. Sesi aktiviti “Picnic in the Park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.]

Andrew Brien selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Kami sangat bersemangat untuk melancarkan aktiviti perkelahan ‘Picnic in the Park’ yang pertama kali di Suria KLCC.

“Aktiviti berkelah ini bertujuan menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Sesuai dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan setiap kali pelanggan mengunjungi kami, aktiviti riadah ini juga merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada mereka.

“Oleh itu, setiap pelanggan kami perlu merasai pengalaman berkelah ‘Picnic in the Park’ kali ini.”

Untuk info lanjut, anda boleh layari www.suriaklcc.com.my.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.